Skip to main content

Tazkirah v27.0 - "ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU..."

TAUSIYAH 27 RAMADHAN 1436H

1- alhmdulillah.. Puji n puja pada Allah atas kurniaan nikmat yg maha banyak termasuklah Peluang hidup SEHINGGA hari ni..27 RAMADHAN...

2- selawat n salam kepada junjungan mulia..Rasulullah wa nabiullah Muhammad ibn ABDiLLAH...atas pengorbanan n perjuangan yang hebat untuk menyampaikan risalah ISLAM yang memberikan RAHMATAN LIL A'LAMIIN..

3- Teringat 1 pesanan saidina Abu bakar..
"BARANGSIAPA YANG MASUK KE DALAM KUBUR TANPA BEKALAN SEUMPAMA MENYEBERANGI LAUTAN TANPA BAHTERA "

4- ADAKAH BEKALAN YANG KITA NAK BAWA SELEPAS MATI NANTI SUDAH MENCUKUPI?

5- Renungilah firman Allah
As-sajadah:12 yang memberikan AMARAN kepada kita untuk sediakan BEKALAN yang MENCUKUPI agar tidak menjadi ORANG YANG RUGI & MENYESAL pada hari akhirat nanti..

6 - TADABBURlah ayat Allah..Ali Imran: 133..
2 pesanan Allah untuk kita BERSEGERA di dunia ini untuk BEKALAN kita..
a) Mencari KEAMPUNAN
b) Mencari SYURGA Allah dengan melakukan Amal kebaikan

7- dalam Mencari KEAMPUNAN..sentiasalah merasai bahawa DOSA kita masih banyak lagi belum diampuni

8- dalam Mencari SYURGA yakni dengan melakukan Amal...sentiasalah merasai bahawa AMAL kita masih lagi sedikit untuk Menampung dosa2 kita lalu kita akan sentiasa beramallah walaupun Amal itu mudah@senang..kerana kita meyakini bahawa BALASAN@GANJARAN yang disediakan lebih HEBAT !!!

9- insyaallah dengan kita ISTIQAMAH melaksanakan 2 MISI ini..Allah akan memasukkan kita dalam golongan HAMBA YANG BERTAQWA

10- akhirnya... Tiadalah KEJAYAAN YANG HAKIKI melainkan apabila kita DISELAMATKAN DRPD AZAB NERAKA & DIMASUKKAN ke SYURGA...

Akhukum fillah,
Al Fadhil Ustaz Taufiq Yusof Algombaki

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...