Skip to main content

Tazkirah v25.0 - Perihal Khairunnas - Sebaik-baik Manusia.

Salam Ramadhan Karim yang ke 25,fasa terakhir.Mohon Maaf tuan/tuan sekalian atas kelewatan amanah yang diberikan atas secebis Tazkirah untuk diri saya sendiri dan perkongsian untuk ahli jemaah Izzuddinians 97-01.
Dengan adanya RAHMAT dari Allah,KEAMPUNAN ke atas makhluknya,ganjaran BEBAS DARI API NERAKA harapan dan doa setiap mukmin).
KEINGINAN SETIAP HATI
-Gembira/Senang
-Kaya/Selesa/Ceria
-Pujian/Sokongan

KETAKUTAN SETIAP HATI
-Sedih/Sakit
-Susah/Tekanan
-Miskin/Sempit
-Rimas/Serabut
-Kritikan/Cemuhan/Hinaan

PENYAKIT SETIAP HATI
-Riya' / 'Ujub / Sum'ah /Takabbur / Ghurur

KEKUATAN SETIAP HATI
-Iman / Ihsan / Ikhlas / Sabar / Tawakkal / Taqwa

ANCAMAN SETIAP HATI
- Nafsu
- Hasutan Syaitan

USAHA KEKUATAN HATI
-Zikrullah
-Sedekah
-Kebaikan dan manfaat kepada orang lain

PENJAGAAN HATI
-Penglihatan
-Pendengaran
-Percakapan

Secara ringkas,kita semua inginkan martabat KHAIRUNNAS yang disebut dalam mafhum hadis Rasullullah sallallahualaihiwasallam : 'Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain'.

Dalam kita melaksanakan apa jua amanah/pekerjaan,kita perlu tekankan perkara berkaitan hati yang mana,baik lah hati,baik lah semuanya dan sebaliknya.Kadang-kadang kita terlupa dan tidak sedar,apa yang hadir dalam hati dalam tindakan kita.FIKIR baik,SANGKA baik,MINTA baik,CAKAP baik,baiklah hasilnya dan sebaliknya.USAHA & DOA diiringi dengan Takut dan Harapan,contoh TAKUT dapat yang tidak baik dan kita HARAP dapat yang baik.

Kita jangan pandang keburukan orang seolah-olah dia pasti ke neraka,jangan pandang kebaikan orang seolah-olah dia pasti ke syurga.

MASALAH jangan anggap masalah,anggap cabaran.KERJA BANYAK/PENAT/UJIAN/MUSIBAH,jangan takut,jangan sedih,jangan putus asa dengan rahmat Allah,Allah bersama kita.

Mohon maaf atas kelewatan,mohon maaf atas kesilapan yang lalu sejak perkenalan,mohon maaf segalanya,mohon diampunkan dosa saya kepada semua.

Mohon doa sahabat agar kita tergolong ahli syurga,bebas api neraka,dikurniakan kesihatan, dipermudahkan urusan,dimurahkan rezeki,kekuatan dan kesucian hati,sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah.

- Anjang - 

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...