Skip to main content

Tazkirah v18.0 - "Ramadhan karim; kita prihatin"


Assalamualaikum wbt.

Moga kita masih & sentiasa kekal berada pd landasan redha Allah azza wa jalla...
Sahabat seperjuangan yg dirahmati Allah,
Berpuasa melatih kita menanggung derita. Ia melatih sifat mgambil berat trhadap mereka yg tak bernasib baik. Lalu Allah wajibkan zakat fitrah, tuntutan memberi makan org yg brbuka puasa dan tingkatkan amalan sedekah. Kerana itu, madrasah ramadhan akan menjadikan kita lebih prihatin trhadap masalah umat apabila Ramadhan berakhir.
‪#‎Prihatin‬ tanda org beriman!
"Barangsiapa yg tidak mengambil berat urusan umat Islam maka ia tidak termasuk golongan mereka" (riwayat Abu Daud)
Urusan umat Islam termasuklah urusan aqidah, keselamatan & kebajikan, ilmu & teknologi dll.
‪#‎Remaja‬ Harapan Agama
Mengapa kemerosotan akhlak para pelajar semakin parah?kadar jenayah remaja makin bertambah?
Guru seperti saya terutamanya, amat jelas melihat perkara ini makin membarah.
Tanpa menunding jari menyalahkan sesiapa, ada mungkinnya puncanya adalah hilang sifat prihatin sedangkan "madrasah ramadhan" melatih kita sebagai pelajarnya lebih bertaqwa!
"Orang2 beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka sbb itu damaikanlah antara kduanya, dan BERTAQWALAH KEPADA ALLAH,SUPAYA KAMU MENDAPAT RAHMAT" (Al-Hujurat:10)
Jelas ayat Allah tersebut menggambarkan taqwa menanam sifat bersaudara sesama mukmin. Dan org yg brsaudara sudah pasti berkasih sayang serta mengambil berat akan masalah saudaranya yg lain.
Ayuh teman seperjuangan! Mari beriman dgn hadis kekasih kita junjungan mulia Muhammad SAW yg dh lama kita tahu,hafal dan hadam!!!
"La yu'minu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsih"

- Ibn Idris -

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...