Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p

Ciri-ciri orang beriman

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Sedar tak sedar sudah 30tahun kita umur kita. Status Islam juga sama. Islam  yg dianut melalui warisan. Jika ditolak dengan 10tahun ( umur purata akhil baligh dan kefardhuan solat) maka sudah 20tahun kita memegang status muslim. Kiranya seorang doktor,peguam,peniaga yg sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun, pastinya beliau sudah bergelar pakar dalam bidang tersebut. Tetapi pakar kah kita sebagai seorang muslim?  Masih ditakuk lama atau sudah naik taraf? Naik taraf dgn erti kata lain daripada muslim kepada mukmin. Oleh itu mari kita ketahui apakah ciri2 orang mukmin. Dalam surah Al Mu'minun ayat 1-11 telah di ceritakan sebahagian ciri2 orang mukmin. Ramai yg sudah maklum ayat ini. Namun begitu sy sertakan juga beserta terjemahan. Mudah mudahan kalian beroleh manfaat 1. Sesungguhnya berjayalah orang2 yg beriman 2. Iaitu mereka yg khusyuk dlm sembahyangnya 3. Dan mereka yg menjauhkan diri dari perbuatan

Beberapa kesilapan ketika menyambut Eidul Fitri

Ramadhan kini tiba di penghujungnya. Sudah pasti kita akan merindui kedatangannya yang hanya akan muncul sebulan dalam masa setahun. Kini kita terpaksa menunggu 11 bulan sebelum ketibaan kembali Ramadhan, bulan yang penuh barakah, yang salah satu malamnya tersembunyi lailatul qadr. Berakhirnya Ramadhan akan berganti dengan Syawal, yang akan disambut dengan penuh kemeriahan sebagai tanda kemenangan. Kemeriahan yang disambut setiap lapisan umur secara tidak langsung dapat mengurangkan kesedihan yang melanda. Dalam pada masa yang sama, Allah juga menyuruh kita sebagai umat Islam agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan 'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan. Walaubagaimana pun, sebagai seorang manusia, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dalam kemeriahan yang terasa, terdapat beberapa kesilapan yang kita lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak, ketika menyambut Eidul Fitri .

Bermaaf-maafan lebih hampir kepada takwa

Berapa ramaikah yang faham, sedar dan tahu apa maksud kemaafan dalam erti sebenarnya? Dendam, sakit hati, terhiris hati semuanya kerana perkara yang lepas. Jika dendam, sakit hati, terhiris hati adalah untuk perkara-perkara yang sudah lepas, maka lawannya 'kemaafan' adalah juga untuk perkara-perkara yang lepas. Tiada apa yang perlu dimaafkan untuk masa depan yang belum kunjung tiba atau berlaku. Jadi, perbuatan maaf sebenarnya ialah untuk perkara-perkara yang lepas. Maka boleh disimpulkan bahawa kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."   “...dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah : ayat 237)

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat

Of Ramadhan: Something To Ponder Upon

Assalamualaikum my dear brothers and sisters. It’s the 5th day of Ramadhan… The month of patience. It is a month that call for sacrifice of desire, sacrifice of time, and at the same time calling for much bodily exertion and striving. Ask yourselves, do you see Ramadhan only as a time of restrictions and preventions; a time of prohibitions from desire and lust? If so, then you do not comprehend the benefits of Ramadhan. You will find yourself to be lazy!! U will find yourself to be tired!! Because you only see that fasting is nothing more than an obstacle in front of desire. Brothers, Now ask yourselves, do you take the months of Ramadhan as the month of food and drink?! Does most of your time consumed going and coming from bazaar groceries store buying food for breaking of fast? Remember, consuming lots of food will cause fatigue and laziness. Dear brothers, I pray to Allah s.w.t for each and every one of us in this bond of ukhuwwah to be the

Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud: “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya

Ukhwah dan cara mengeratkannya

Sesungguhnya hubungan sesama kita adalah asas perpaduan SiS. Dahulunya mungkin kita berpuak-puak dan alhamdulillah sekarang ukhwah semakin utuh. Sebagai orang beriman pada Allah dan RasulNya, sebaik mungkin kita mesti mempertahankan keutuhan ukhwah ini agar tidak terkesan oleh anasir-anasir buas seperti hasutan politik dan kebanggaan darjat. Dicadangkan antara cara mengeratkan ikatan ukhwah sesama kita antaranya: Memberi salam bila berjumpa : Dari Abdullah bin Masud, seorang lelaki telah datang kepada Rasullah s.a.w, Di antara ajaran Islam manakah yang paling baik?, Rasullah s.a.w menjawab, ”Memberi makan dan mengucap salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kenal.” (Muttafaqun Allaih) Tolong-menolong : Dari Abu Musa Al-Asari, Rasulullah s.a.w bersabda, Orang beriman itu ibarat bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya. Tidak lama dalam perselisihan faham: Dari Abu Ayub Al-Ansari, Rasulullah s.a.w bersabda, Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan de

Rebutlah habuan kamu di dunia ini

"Mat, tak payah le rajin sangat koje tu. Buat ape nak kejo pangkat tu? Dunia je semata." "Bukan ke Allah ada berfirman, lebih kurang gini, : Persiapkanlah dirimu sebagai bekalan untuk akhirat tetapi janganlah kamu lupa habuan untukmu di dunia ini" __________________________________________________________________________________ Untuk menjadi insan yang berkualiti, setiap kerja yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik-baiknya. Pekerjaan merupakan satu taklif yang juga akan dipersoalkan. Kebiasaannya sesuatu hasil kerja seseorang itu diukur dengan keberhasilannya atau kejayaannya.

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda telah

The Night of Decree

Verily! We have sent it (Quran) down in the Night of Decree (Lailatul-Qadr). And what will make you know what the Night of Decree is? The Night of Decree is better than a thousand months. Therein descend the angels and the Rooh (i.e. Gabriel) by Allaah’s Permission with all Decrees, Peace! until the appearance of dawn.” (Al-Qadr 97: 1-5) Lailatulqadar: The Night of Decree,   is a glorious night in the holy month of Ramadhan. It is associated with the first revelation of the Al-Quran, for the guidance of mankind. Those who wake up at one third of a night of decree and spend the night performing prayer may fortunate to meet the Lailatulqadar. Definitely, they will deserve blessings  from Allah. During the night, it was informed that there is no barrier for doa and our doa shall be granted by Allah. So when is the Night? This is arguable,  however it is almost unanimous that the blessed night occurs in one of the last ten nights of Ramadan and most undoubtedly in odd nights o

Jibril Memberi Peringatan kepada Nabi Yusof as

FIRMAN Allah SWT: “Dan bersama dengan Yusuf masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda.” (Yusuf: 36) Dua orang yang masuk ke dalam penjara tersebut, adalah tukang beri minum raja dan tukang masak raja. Sedangkan ketika itu yang menjadi raja iaitu “Royyaan.” Sebab dimasukkan kedua orang pemuda ke dalam penjara adalah kerana kedua pemuda tersebut telah menerima rasuah daripada raja Rom dengan tugas memberi racun dalam makanan dan minuman raja Royyaan. Tukang masak menerima rasuah tersebut. Sementara itu tukang memberi air raja menolak tawaran raja Rom, dan melaporkan kepada raja tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh tukang masak. Namun tukang memberi air juga dimasukkan ke dalam penjara bersama dengan tukang masak tadi. Mereka berada di penjara lebih kurang selama tiga hari. Di dalam penjara, mereka berdua melihat Nabi Yusuf as suka membuat penilaian tentang mimpi. Untuk mencuba kebenaran tafsiran atau penilaian Yusuf as mereka mengatakan seakan akan

Tariq bin Ziyad; Pembuka Al Andalusia

Siapa Tariq bin Ziyad? Beliau adalah panglima perang yang diutuskan oleh Musa bin Nusayr, Gabenor Ifriqiyya (Tunisa, Ageria dan Morocco skrg) dibawah pemerintahan Bani Ummayd Al-Walid ibn Abd al-Malik untuk yang diperintahkan untuk membebaskan Andalusia (Portugal dan Sepanyol skrg). Beliau berbangsa Berber dan bekas hamba kepada Musa bin Nusayr. Beliau dimerdekakan oleh Musa bin Nusayr kerana kehebatan beliau semasa perang membebaskan Tangier. Musa Bin Nusayr sangat mempercayai Tariq sehinggakan semasa mengetuai angkatan perang ke Andalusia, Tariq bin Ziyad dilantik sebagai panglima dan diberi kuasa penuh untuk memilih askarnya sendiri. Memandangkan terlalu ramai anggota tentera yang mahu pergi berperang bersama-sama dengan Tariq bin Ziyad, beliau telah bertindak memilih anggota tentera yang tidak pernah meninggalkan solat fardu lima waktu dan bersembahyang malam. Selain untuk mengelakkan perasaan ketidakpuasan hati para tentera dan sifat pilih kasih, cara ini adalah sangat releva

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil

Assalamualaikum dan salam 23 Ramadhan 1435H. Tazkirah hari ini bertajuk, "Hasbunallah wa nikmal wakil." PERISTIWA PERANG BADAR  Tentera Islam menghadapi tentera musyrikin yang berganda-ganda jumlahnya di dalam Perang Badar. Sang Rasul ditakut-takutkan oleh pembawa berita, dengan jumlah tentera musyrikin yang ramai itu. Namun tentera Islam tidak pula berasa takut, sebaliknya yang terjadi kepada mereka. Tentera Islam mengucapkan - "Hasbunallah wa ni'mal wakil" Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik penolong. Sehari sebelum pertempuran bersejarah di Badar, tentera Islam telah diberi rezeki "mengantuk". Bagi jiwa-jiwa yang belum tahu nasib hidup dan mati keesokan harinya, untuk mengantuk dan dapat tidur lena adalah sesuatu yang diluar fitrah kemanusiaan. Begitulah "rezeki" mereka. Peristiwa ini diceritakan seperti firmanNya; ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ

Menjaga Diri Dari Penyakit Hati

Assalamualaikum. Salam pagi 24 Ramadhan. Moga hari ini berterusan istiqamah kita dlm meningkatkan ibadah kpd Allah swt. Ikhwan yg dikasihi, Hari ini, saya ingin mengingatkan kita tentang pentingnya kita menjaga diri kita dari penyakit hati terutamanya ujub, riak dan takabbur. Antara ketiganya ada persamaan ketara namun sedikit berbeza. Ujub. Bermaksud perasaan bangga diri bila melakukan kebaikan. Ujub dtg dlm bisikan hati, tanpa perlu diungkapkan dgn lisan. Contohnya, jika kita baru solat sunat tahajjud, terdetik dlm diri "baik juga aku ni ye". Atau tatkala update status di Facebook berkenaan tazkirah, timbul rasa bangga kerana dpt 30 like. Riak. Riak ialah melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana Allah. Riak diumpamakan syirik kecil kerana riak adalah lawan ikhlas, dlm ertikata lain, tidak sepenuhnya percaya bahawa Allah sahaja yang boleh membalas kebaikan yg dilakukan. Orang yang riak, tidak istiqamah perbuatannya. Jika ada org, dia beramal kerana ingin menun

Bukan Sekadar Membaca Al Quran...

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَيۡكَ مُبَـٰرَكٌ۬ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ  (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad: 29) Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Di sini saya menyeru kawan-kawan dan diri saya sendiri utk mendalami Al-Quran seperti yg dituntut dlm ayat diatas. Bukan sekadar membaca. Bukan sekadar bertadarus. Tetapi membaca dan memahami ayat Al-Quran beserta tafsirnya dan mengambil iktibar darinya. Kawan -kawan. Usia kita semakin meningkat. Kita lahir dalam Islam. Membesar dgn didikan Islam. Belajar mengaji seawal usia. Namun berapa ramai diantara kita yg pernah membaca keseluruhan Al-Quran beserta tafsirnya, "cover to cover" ? Padahal Al-Quran-lah pelita kita

Bagaimana Allah membantu Pemuda Islam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Sahabat - sahabat yang dikasihi semua. Saya berasa terpanggil untuk mencari butir tazkirah yang mendalami maksud ayat - ayat Al-Quran yang indah dan sungguh menakjubkan. Berikut adalah sedikit perkongsian berasaskan kuliah Quran Weekly (YouTube) nukilan Ustaz Nouman Ali Khan. Antum semua digalakkan untuk melanggan video di saluran tersebut. Tazkirah hari ini bertajuk: Bagaimana Allah membantu Pemuda Islam. "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang di beri hidayah pertunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali- kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya." - Surah Al-Kahf