Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Tazkirah Ramadhan 2019 v.30 - Doa di Akhir Ramadhan

Tazkirah 30 Ramadan. Aku tak tahu apa benda nak habaq, so mungkin di akhir Ramadan Ni elok lah Kita berdoa semua 😀 Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadan pergi tanpa memaafkan kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa menerima segala amal dan doa kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meningkatkan akhlak dan keperibadian kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meredhai akan diri kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa menjamin syurga kelak buat kami. Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadan pergi tanpa menjamin kami dijauhkan daripada azab yang nyata. Ya Allah, Kau temukanlah kami lagi dengan Bulan  Ramadan tahun hadapan. Sekian, wassalam. Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin Shahril Shah

Tazkirah Ramadhan 2019 v.29 - Jangan Lupa Bayar Zakat Fitrah

السَّلاَم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ👋🏼 Sudah sampai ke giliran ana utk bg tazkirah.. Mgkn ramai yg dh mule cuti & sibuk membuat persiapan raya.. Hope coretan simple ana ini dpt memberi sedikit peringatan pd dr ana semdiri & antum semua... AKIBAT LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH Pada masa Rasulullah... pernah satu kali sahabat Usman bin affan ra. KELUPAAN membayar zakat fitrah hingga usai shalat Ied... Begitu beliau ingat, segera beliau pulang dan mengambil seekor unta yang paling bagus miliknya dan dijualnya..., kemudian uang hasil penjualan unta tersebut beliau pakai untuk memerdekakan seorang budak... Setelah itu beliau menghadap Rasulullah dan berkata :  "Ya, Rasulullah, bahwasannya saya telah lupa membayar zakat fitrah namun saya telah menjual seekor unta yang paling bagus milik saya dan saya gunakan untuk memerdekakan seorang budak. Apakah itu itu setara nilainya dengan zakat fitrah yang lupa saya bayarkan?" Dan dihadapan para sahabat Rasulullah men

Tazkirah Ramadhan 2019 v.28 - Nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt. Hampir berlalu Ramadhan ini. Sekali lagi kita melalui fasa menyesal, merasakan kita tidak cukup meraih kelebihan Ramadhan. Disibukkan urusan dunia. Urusan keluarga. URUSAN ISTERI dan urusan anak2. Terlalu banyak kecuaian dan keculasan sepanjang kita berRamadhan. Jangankan khatamkan Quran, separuh pun gagal!! Dalam peluang tazkirah yg diberi pada saya, ingin saya menyeru kepada rakan2 untuk tontoni tazkirah dari Ustaz Nouman ini kerana jika saya cuba sampaikan dalam kata2 semestinya tidak selengkap beliau. Saya betul2 tersentuh dan terkembang dada ketika mula2 mendengar tazkirah 20minit ini. Tazkirah ini menerangkan tentang perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim dalam ayat Bismillah... Bagaimana terjemahan ke bahasa Inggeris tidak membawa maksud sebenar kedua-dua nama Allah itu. Juga perkongsian satu kata asal bagi kedua-duanya, bagaimana ada Hadis Qudsi yg menceritakannya, dan juga bagaimana memahami struktur kedua perkataan tersebut menunjukkan betapa Allah memay

Tazkirah Ramadhan 2019 v.27 - Menjadi Golongan Yang Sedikit

27 Ramadhan 1440H 1 Jun 2019 Menjadi Golongan Yang Sedikit Assalamualaikum Sahabat2x Sekalian Yang Sentiasa DiMuliakan Allah Pagi, Petang dan Malam. Alhamdulillah dikhabarkan banyak tempat hujan ptg-mlm. PakKiyai pesan, doanya makbul waktu hujan. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian. Pada 2 dan 21 Ramadhan, sahabat kita ada bercerita mengenai syukur. Ingin saya tambahi sedikit pengisian tersebut. Dalam Al Quran, mengikut carian saya menggunakan aplikasi Quran Tafseer by Words, ada 4 tempat Allah sebut وقليلا ما تشكرون. (7:10) (23:78) (32:9) (67:23) Ayat yg bermaksud ".. amat sedikitlah hamba2x Ku yg bersyukur..". mengajak kita agar sentiasa meletakkan perasaan syukur dalam setiap waktu, samada sebesar dan sekecil nikmat. Pernah ketika Umar sdg bertawaf, lantas terdengar seorang berdoa, Ya Allah Jadikanlah Aku Di Kalangan Yang Sedikit.. Rupanya orang itu mengaitkan hal sedikit itu dengan kalam Tuhan yang menempelak sifat manusia yg terlalu sedikit yg bersyuku

Tazkirah Ramadhan 2019 v.26 - Ada Apa Dengan Infak/Sedekah

TAZKIRAH 26 RAMADAN 1440H oleh : UTY ADA APA DENGAN INFAK/SEDEKAH ??? إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipatgandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. (At-Taghabun : 17) Cukuplah ayat ini memberikan رغبة kepada Kita untuk meyakini betapa hebat n besarnya amalan infak...apatah lagi ianya dilakukan di bulan Ramadhan... 💞 2 BERITA GEMBIRA buat mereka yang bersedia memberi "pinjaman" kepada Allah 💞 1⃣ Jaminan daripada Allah harta yang Kita infakkan itu pasti akan dilipatgandakan Allah... Berapa gandaan yang Allah sediakan ??? سبحان الله sungguh luar biasa.. (boleh rujuk alBaqarah:261) 2⃣ Pengampunan Dosa-dosa Kita yang lalu... JOM SAMA2 KITA REBUT PELUANG INI khususnya apabila Kita diberi kesempatan berada pada malam ke 27 RAMADAN... اللهم إنك عفو تحب ا

Tazkirah Ramadhan 2019 v.25 - Saidatina Aisyah R.A

Assalamualaikum my dearest companions. First of all, allow me to apologise for my tardiness in sharing my little piece of thoughts with all of you. Alhamdulillah, we've completed 25 days of fasting and with it as well, our daily tazkirah sessions. My tazkirah today is just a personal sharing of my own experience in doing some research on the topic of Saidatina Aisyah R.A, particularly on the issue of "child marriage". During one of my Islamic Literature lectures in UIA, my lecturer presented a new "theory" in regards to this matter, where some scholars were coming up with historical facts that were trying to prove that Saidatina Aisyah was already in her late teens when she got married. This was originally the information that I initially thought of sharing today, thinking that it would serve as a good point of argument against the vilification of our prophet's character in regards to this matter. However, as I was rummaging through the nets, sourcing f

Tazkirah Ramadhan 2019 v.24 - Aku Mahu Pulang

Ramadhan Bulan taubat Assalamualaikum w.b.t. Sahabat2, umur kita hanya 1, jika kita sia-siakannya, rugilah kita di hari perhitungan nanti. Ambillah peluang dlm shahrul maghfirah ini agar kita bertaubat dgn sesungguhnya, sebagaimana tauladan nabi Kita Muhammad s.a.w. Sedangkan beliau manusia maksum. Hayatilah lirik lagu amuk ini.. Gelap malam, pasti terang sang mentari, pasti datang kesesatan, perjalanan rahmat tuhan, menentukan Berikan ku masa, mencuci dosa aku kan pulang, menebus usia di musim berlalu, sepi memburu memaksa perindu, meruntuhkan nafsu Dengan khayalan sebuah kehidupan jarum suntikan, menjadi pegangan menjadi buruan Terimalah kembali, wajah ini jangan terus membenci, sampai mati sedang hari berganti, kau mengerti sedang masa berganda, kau merasa Aku manusia, pelakon cerita di pementasan, alam ciptaannya bukan sengaja, melanggar arahan kadang…

Tazkirah Ramadhan 2019 v.23 - Mati

Tazkirah 23 Ramadhan 1440H MATI Mati itu PASTI Alam kubur itu PASTI Kiamat itu PASTI Yang X PASTI adalah bila ia akan berlaku Bayangkan jika subuh tadi adalah solat terakhir kita.. Bayangkan sahur tadi makanan terakhir kita.. Bayangkan tidur semalam lena yang terakhir kita.. Bersediakah kita untuk menghadapi MATI??? Fikir2kanlah & muhasabahlah diri kita Sekian, terima kasih. HATTA

Tazkirah Ramadhan 2019 v. 22 - Wajib Jaga Aurat

Assalamualaikum sahabat Izzuddinians 97-01  Biasakan yg betul, betulkan yg biasa! Salam 22 Ramadhan, Sahabat yg dirahmati Allah, Alhamdulillah kita dh berada d pghujung Ramadhan...misi lailatul qadr masih diteruskan... Sedikit ulangkaji / pesanan utk saya & semua brkenaan interaksi seharian kita dgn individu lain.. Siapa yg bkn Mahram yg WAJIB JAGA AURAT!! Jika kita seorang Lelaki:- 1. Kakak Ipar 2. Adik Ipar perempuan 3. Sepupu perempuan 4. Sepupu Ayah (perempuan 5. Isteri kepada adik beradik bapa 6. Isteri kepada adik beradik emak 7. Adik beradik perempuan bapa mertua 8. Adik beradik perempuan emak mertua 9. Anak perempuan adik beradik isteri 10. Sepupu Emak (perempuan) Jika kita seorang Perempuan:- 1. Abang Ipar 2. Adik Ipar Lelaki 3. Sepupu Lelaki 4. Suami kepada adik beradik bapa 5. Suami kepada adik beradik emak 6. Adik beradik lelaki bapa mertua 7. Adik beradik lelaki emak mertua 8. Anak lelaki adik beradik suami 9. Sepupu Ayah (lelaki) 10

Tazkirah Ramadhan 2019 v.18 - Tip 10 Hari Terakhir Ramadhan

Tazkirah oleh: Dato' Dr Fatma El-Zahra Surau Al-Islah Tmn Seri  Keramat 📌Bagi yg merasakan kurang berpuas hati dgn  ibadah puasanya sejak dr hari pertama berpuasa,  anda  tidak perlu risau.  Kerana masih ada peluang lagi yg Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pd 10 malam terakhir. 📌Pd 10 mlm terakhir ini,  banyakkan berjaga  di sebelah malam. (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sblh siang, rehat/tidur secukupnya utk kita berjaga/beribadah di sebelah malam. 📌Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pd mlm2 itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah. 📌Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran 📌Kurangkan menonton tv pd mlm2 ini 📌Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, jangan tinggal doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni" ✅Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa: 1) Puji Alla

Tazkirah Ramadhan 2019 v.21 - 6 Hikmah Sujud Syukur

6 Hikmah Sujud Syukur Sujud syukur merupakan sujud yang dilakukan secara spontan tatkala mendengar sebuah berita atau perasaan yang  menyenangkan atau membahagiakan. Sujud dilakukan sebanyak satu kali, dilakukan secara spontan dan tidak ditunda-tunda (tidak dipikir-pikir), begitu mendapat nikmat atau terhindar dari bencana sebagai bentuk dan cara bersyukur menurut islam Diantaranya ialah berikut 6 hikmah sujud syukur dalam pandangan agama. 1.Mengingat Allah SWT Salah satu hikmah dari sujud syukur adalah membuktikan kita selalu mengingat Allah dalam setiap perjalanan hidup, baik suka mahupun duka dan merupakan akhlak dalam islam yang terpuji. 2.Ungkapan Rasa Syukur Allah akan selalu menambahkan nikmat bagi mereka yang selalu bersyukur, sebaliknya Allah akan memberi azab bagi mereka yang mengingkari nikmatnya. Dalam hal ini cara meningkatkan akhlak, salah satunya adalah ungkapan rasa syukur yang kemudian akan membuat Allah SWT kembali memberikan nikmatnya kepada kita. 3.Bent

Tazkirah Ramadhan 2019 v.20 - Senyum Itu Indah

Tazkirah Ringkas 20 Ramadhan 'SENYUM ITU INDAH' Senyum, senyum dan senyum selalu... Senyum yang ikhlas ini mampu membahagiakan insan yang menerima senyuman kita itu. Senyum itu mudah jika hati dan perasaan sedang gembira namun ianya sukar jika kita belum mengerti tentang keperluan senyum ini. Terutama bila kita marah dan sedih kita tak mampu lagi untuk tersenyum. 3 sebab untuk membolehkan kita sentiasa tersenyum walau macam mana pun keadaan hati kita. 1- Mencontohi Peribadi Rasulullah S.A.W Abdullah Bin Al Harith menyebut; “ Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah S.A.W’’ Riwayat Tirmizi. Nabi Muhammad sentiasa tersenyum dan dengan senyuman baginda ini ianya mampu menghilangkan kekerasan dalam diri orang lain, dengan senyuman baginda ini juga ianya mampu menyentuh hati orang lain untuk mencintai dirinya. Kalau Rasulullah boleh tersenyum kepada semua orang, kenapa kita susah untuk menghadiahkan senyuman yang diberikan oleh Allah ini

Tazkirah Ramadhan 2019 v. 17 - Don't Compete with Someone Else's Ramadhan

Assalamualaikum to all my honorable SIS9701 friends. Salam Nuzul quran for everybody. Hopefully we all get rahmah and maghfirah from Allah in the whole Ramadan barokah month. I'm unable to give advice to all my friends. But i think this advice is very good for me because im very poor and weak in ibadah. This advice copied from FB Shaykh Muhammed Aslam. I hope this advice  can benefit all of us. "My  advice for you - don't compete with someone else's Ramadan. Make a plan and timetable that is realistic and works for you. This month has not come to stress you out and make you feel bad. Allah does not want YOU to lock yourself in a mosque and complete 50 khatms in 10 days. Nor does He want you to exhaust your body so much that you can't go to work in the morning. Be true to yourself. The worst thing you can do is exert so much efforts in the first few days that you can't continue  and collapse by the end of the week. Guidance is not a sprint. Guidance is a lon

Tazkirah Ramadhan 2019 v.15 - Mencari Redha Allah

MENCARI REDHA ALLAH Shbt2ku sekalian, Jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda. Justeru, apa yang membuatkan Allah reda? Nabi Musa AS, “Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau reda?” Allah SWT, “Solat? Solatmu itu untuk dirimu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara daripada perbuatan keji dan munkar.” “Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang.” “Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.” Nabi Musa AS, “Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau reda ya Allah?” Allah SWT, ”Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda.” Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262. Apabi

Tazkirah Ramadhan 2019 v. 14 - Supercharge dan Productive

Assalamualaikum dan Selamat berpuasa..Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan hingga menghampiri hari ke 14..Dalam kesempatan ini, tazkirah ke 14 bertajuk- Supercharge dan Productive Berpuasa merupakan suatu kewajipan..kekal aktif bertenaga dan produktif adalah keperluan..menjadi lembek dan pasif disebabkan puasa hanyalah alasan. Bagaimana mengekalkan tubuh dalam keadaan sentiasa bertenaga dan produktif? Mengimbangi tanggungjawab beribadat dan memenuhi tuntutan dunia, bunyinya mudah tetapi adakah melaksanakannya juga mudah? Nabi saw telah menyatakan / menegaskan Sesiapa yang mahukan dunia, padanya mesti berilmu..dan sesiapa yang mahukan akhirat, padanya mesti berilmu..dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya, padanya mesti berilmu.. Merujuk kepada hadith yang dinyatakan, perlunya kita memiliki pengetahuan untuk memastikan ibadat di bulan Ramadhan berjaya dilaksanakan dan dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai manusia di dunia ini tidak terjejas.

Tazkirah Ramadhan 2019 v.13 - OMOIYARI 思いやり

Assalamualaikum sahabat2 sekalian. 1) Bertimbang rasa sesama manusia. عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم) Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." 2) Hadis di atas menerangkan bertimbang rasa sesama manusia adalah salah satu daripada kesempurnaan iman. 3) Sesuai dengan tajuk tazkirah kita OMOIYARI, izinkan AnaNya berkongsi sedikit pengalaman sepanjang 8 tahun berkelana di bumi Samurai blues. 4) OMOIYARI 思いやり adalah gabungan dua perkataan Jepun yang bermaksud ( OMOI = Fikir) ( YARI = ketika melakukan sesuatu). 5) Ia adalah konsep moral yg paling asas bagi orang Jepun, dengan sentiasa memikirkan adakah perkara yg sedang kita lakukan ini akan memudahkan/mengembirakan orang lain. 6) Seba

Tazkirah Ramadhan 2019 v.12 - Ain Jaloot-Renungan dan Pengajaran

Bulan Ramadan sememangnya bulan keberkatan dimana setiap muslim berusaha untuk mendekatkan diri dan menggapai pahala yang besar dari Allah (SWT). Banyak pengajaran boleh diambil dari sejarah Islam pada bulan Ramadan. Salah satunya adalah peristiwa peperangan yang terkenal iaitu Peperangan Ain Jaloot pada 658 Hijrah menghadapi pencerobohan Tentera Tatar, yang dianggap sebagai salah satu kemenangan terbesar dalam sejarah manusia. Terdapat banyak pelajaran penting yang dapat dipelajari dari pertempuran yang terkenal ini. Latar Belakang Peperangan Menjelang akhir tahun 656 Hijrah, Tentera Tatar melancarkan salah satu serangan terbesar mereka di tanah Khilafah Islam, merampas ibu kota Khilafah, Baghdad, membunuh Khalifah Umat Islam, Khalifah Mu'atasim Billah, dan merampas tiga perempat Tanah Umat Islam. Menuju ke arah Mesir dan Maghribi, kubu terakhir umat Islam pada waktu itu, Tentera Tartar yang diketuai oleh Hulagu Khan, cucu kepada Genghiz Khan menghantar surat ancaman kepada W

Tazkirah Ramadhan 2019 v.11 - KUF!-Berhentilah

Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit perkongsian berkenaan jenis-jenis waqaf yg terdapat di dalam al quran. Mungkin ramai yg terconfuse dgn terdapat pelbagai jenis waqaf dalam alquran. Jangan risau, secara mudahnya, ada 5jenis kategori waqaf yg penting yang perlu diketahui. 1. Waqaf Laa Washal (لا) Dilarang berhenti di tempat tersebut. Sambung  sahaja bacaan seperti biasa 2. Waqaf Waslu Ula (صلى) Lebih baik disambungkan bacaan pada tempat ini. Namun tidak dilarang jika ingin berhenti 3. Waqaf Mu'anaqah (. ۛ.  . ۛ.) Berhenti di salah satu dari kedua kelompok titik tiga tersebut, boleh pada yang pertama atau yang kedua 4. Waqaf Saktah (ساكته) Berhenti dan diam sejenak tanpa mengambil nafas baru pada kata yang terdapat tanda tersebut. Saktah Sakat adalah diam sejenak biar putus & pisah suaranya dengan tanpa berganti nafas. Di dalam Al-Qur’an Saktah hanya ada 4 tempat, yaitu: Di dalam surah Al-Muthaffifin, ayat 14.Di dalam surah Al-Qiyamah, ayat 27.Di dalam surah Yaas

Tazkirah Ramadhan 2019 v.10 - Mati Syahid

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sahabatku sekalian, kita sering diajukan soalan ketika kita dibangku sekolah lagi, APA CITA-CITA KAMU wahai anak muridku? tanya cikgu, ustaz atau ustazah. Jawapan yang berbeza akan diperolehi jika sahabat sekalian yang memang menjadi tenaga pengajar di sekolah apabila diajukan soalan tersebut kepada anak murid. Doktor, Arkitek, Angkasawan, Tentera, Polis, Pemain Bolasepak (AC Milan), bahkan ada yang nak jadi Perdana Menteri. Cita-cita yang sebetulnya diletakkan paling tinggi tidak lain dan tidak bukan adalah Mati Syahid. Mati Syahid ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuj

Tazkirah Ramadhan 2019 v.9 - Puasa Ramadan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". HR Bukhari No: 37. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Berpuasa  atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa  dengan menyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah. 2.  Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar. 3.  Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil). Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي هُرَي

Tazkirah Ramadhan 2019 v.8 - 10 Nasihat Syeikh Dr. Ramadhan Al-Buti

Assalamualaikum wbt..ramadhan ke8 ini sy bawakan shbt2 yg sy kasihi utk menghayati  10 Nasihat Syeikh Dr. Ramadan al-Buti 1- Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid. 2- Ketika mendengar suara azan dimana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka kita harus cepat-cepat menuju ke masjid terdekat untuk melakukan solat berjemaah. 3- Berusaha dengan sekuat tenaga untuk tidak menggunakan umur kita ini kecuali untuk taat kepada Allah, bekerja untuk mencari rezeki halal, mencari ilmu, dan untuk beristirehat menghilangkan kepenatan. 4- Ketika hendak tidur, maka kita harus membayangkan bahawa kemungkinan tidur ini adalah tidur untuk selama-lamanya, tidur terakhir kita di alam dunia. Sebelum tidur, kita bermuhasabah dan beristighfar kepada Allah. 5- Ketika kamu mendapat kenikmatan atau ujian, maka jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali Allah Subhanahu wa Taala 6- Sesudah kamu melakukan

Tazkirah Ramadhan 2019 v. 7 - Berhenti Merokok

Assalamualaikum wbt dan salam 7 ramadan sahabat2 yang dimuliakan. Alhamdulillah tahun ni bt julung kalinya berkesempatan untuk join tazkirah ramadan. Seperti yg kita semua maklum, antara amalan yg merosakkan kesihatan ialah tabiat merokok. Namun masih ada org yg berterusan dan enggan utk berhenti merokok. Sedangkan pendapat ulama dari seluruh dunia Islam mengenai haramnya merokok telah banyak kali dijelaskan. Muzakarah JK Fatwa Majlis Kbgsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yg bersidang pd 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa merokok adlh haram dari pandangan Islam kerana jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji. Tanpa kita sedari, bahaya asap rokok boleh menyebabkan kita kehilangan org yg kita sayangi. Selain drpd menjadi 2nd hand smoker iaitu dgn menghidu asap rokok yg dihembus oleh perokok, ahli keluarga kita juga terdedah kpd racun yg terdapat pd asap rokok yg melekat pd pakaian, langsir

Tazkirah Ramadhan 2019 v.6 - Puisi Anak Murid Imam Ahmad

Murid Imam Ahmad membacakan puisi kepadanya, إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني وتخفى الذنب من خلقي وبالعصيان تأتيني "Apabila Tuhanku berkata kepadaku, Tidakkah kau malu bermaksiat kepadaKu sedangkan kau sembunyikan dosa dari makhlukKu tapi dengan penuh dosa kau datang kepadaku." Imam Ahmad minta supaya mengulangi kembali puisi tersebut. Dia mendengarnya lalu bangun masuk ke rumahnya dan menangis. Allah...Muhasabah untuk kita petang 6 Ramadhan.. USTAZ RADZI ZAWAWI

Tazkirah Ramadhan 2019 v.5 - Kesilapan Paling Besar Yang Sering Dilakukan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum sahabat2 izzuddin 97-01.. Alhamdulillah masih dipanjangkan umor utk kita sama2 menyambut bulan ramadhan pada tahun ini. Hidup di dunia ini tidak pernah dijanjikan sekian2 umur, bila2 masa saja nyawa kita blh diambil.. apakah amalan utama yg kita perlu bwk? Iaitu lahh solat.. Sepohon kayu daunnya rimbun Lebat buahnya serta bunganya Walaupun hidup seribu tahun Kalo tak sembahyang apa gunanya..  ibarat seorang insan yang bersungguh-sungguh menunaikan ibadah puasa, tetapi solat fardhu dia tinggalkan pulak.. Umpama bwk kereta tp xda minyak Ibarat memancing tanpa umpan Tidakkah sia-sia? Rasulullah SAW bersabda : "Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain." HADIS RIWAYAT AT-THABRANI Walaupun amal ibadah sebanyak bintang-bintang di alam semesta, jika solatnya gagal di p

Tazkirah Ramahan 2019 v.4 - Iblis Itu Sangat Alim

Jika kita bertanya tentang Al'Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit... Jika kita bertanya tentang ilmu hadith kepada iblis, dia akan menjelaskannya, kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith itu... Jika kita bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak nabi Adam masih berada dalam syurga... Iblis ahli Quran... Iblis ahli hadith... Iblis ahli riwayat... Iblis ahli ibadah... Iblis alim/pandai dalam segala ilmu... Tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat... “AKU LEBIH BAIK DARI KAMU” Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan... Kita juga akan faham bahawa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta di kasihi Allah. Yang kita takut... hati kita kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat p

Tazkirah Ramadhan 2019 v.3 - Graf Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim Assalamamualaikum wbt kepada semua sahabat2 yang saya sayangi, semoga kita semua berada di dalam imam yang teguh sehingga hembusan nafas terakhir kita. Saya ingin memetik keratan hadith daripada Jabir bin Abdullah RA:  لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ Saya kira sahabat semua telah biasa dengan makna hadith di atas ataupun boleh translate sendiri hadith di atas kepada bahasa ibunda, memandangkan kita semua bekas warga SIS. Saya lakarkan pendapat saya apa makna Ramadhan buat saya yang saya rasa sahabat2 boleh gunakan sebagai panduan untuk diri kalian. Di bulan Ramadhan ketika kita sedang berpuasa, secara naturalnya energy kita akan berkurang. Saya mengharapkan kita semua dapat meningkatkan iman dan menundukkan nafsu kita pada bulan yang mulia ini. Yang kita nak, iman kita lebih tinggi eve

Tazkirah Ramadhan 2019 v.2 - Usah Membazir

Salam 2 ramadhan sahabat2 yang dimuliakan. Semalam kita diingatkan peri pentingnya kita mengikhlaskan hati agar tidak kita menyekutukan Allah dalam ibadah kita dan keagungan berbakti kepada ibu bapa yang diletak Allah pada kedudukan yang serupa dengan larangan agar tidak menyekutukannya. Bulan Ramadhan sinonim dgn makanan yang lazat dan bazar yang mewah. Tak kurang juga yang berkira-kira untuk berbuka dengan di bufet2 di hotel mahupun restoran2. Sungguh Nabi kita ada bersabda, bahawa kebahagiaan org berpuasa itu satunya, saat dia berbuka puasa (ada yang mengatakan ia bermaksud ketika hari raya kelak) dan yang kedua saat dia berjumpa dgn Tuhannya. Namun pesan saya yang tak seberapa, dalam kita berbahagia untuk berbuka puasa, berkira-kiralah, agar makanan dan juadah, malah puasa kita tidak  menjadi sia-sia. Pertama, kita sedia maklum, org yang membazir itu saudara syaitan. Kedua, makanan juga salah satu nikmat Allah dan berwenang-wenang dalam membuang makanan terjumlah kepada pe

Tazkirah Ramadhan 2019 v.1 - Ihsan Kepada Ibu Bapa

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Dalam surah Al Isra ayat 23 Allah S.W.T berfirman; وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا - Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Allah S.W>T> memerintahkan manusia supaya mengesakanNya dan tidak menyembah kepada selain dariNya. Seruan ini adalah intipati dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim,