Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v. 14 - Supercharge dan Productive

Assalamualaikum dan Selamat berpuasa..Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan hingga menghampiri hari ke 14..Dalam kesempatan ini, tazkirah ke 14 bertajuk-

Supercharge dan Productive

Berpuasa merupakan suatu kewajipan..kekal aktif bertenaga dan produktif adalah keperluan..menjadi lembek dan pasif disebabkan puasa hanyalah alasan. Bagaimana mengekalkan tubuh dalam keadaan sentiasa bertenaga dan produktif? Mengimbangi tanggungjawab beribadat dan memenuhi tuntutan dunia, bunyinya mudah tetapi adakah melaksanakannya juga mudah?

Nabi saw telah menyatakan / menegaskan

Sesiapa yang mahukan dunia, padanya mesti berilmu..dan sesiapa yang mahukan akhirat, padanya mesti berilmu..dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya, padanya mesti berilmu..

Merujuk kepada hadith yang dinyatakan, perlunya kita memiliki pengetahuan untuk memastikan ibadat di bulan Ramadhan berjaya dilaksanakan dan dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai manusia di dunia ini tidak terjejas.

Supercharge - tenaga yang mencukupi sepanjang bulan Ramadhan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Iman an-Nawawi

Keberkatan sahur bermaksud orang yang bersahur Insyaallah diberikan kekuatan untuk menghadapi ibadah puasa selain disebabkan masa bersahur adalah sebelum terbit fajar, maka keberkatan lainnya ialah sesiapa yang berdoa semasa sahur, itulah masa paling mustajab doa..oleh yang demikian setiap kali bersahur pastikan kita juga memanjatkan doa supaya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Dalam riwayat yang lain:

“Sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur”. (Hadith Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban)

Dalam hadith di atas pula Nabi menggesa umat islam supaya konsisten bangun menyempurnakan sunnah bersahur walaupun dengan seteguk air kerana betapa besarnya barakah / berkat dalamnya.
Walaubagaimanapun, minum hanya seteguk air untuk menghadapi ibadat puasa adalah tidak memadai terutamanya di negara Malaysia yang sangat panas. Mengikut sunnah, Nabi saw sangat menggalakkan makan kurma terutamanya semasa berbuka puasa.
Kurma ternyata makanan terbaik dan terhebat untuk menjana tenaga segera dan kurma tanpa biji + pisang yang dijadikan jus sangat baik diminum semasa sahur selain makan nasi dan lauk. Ada juga riwayat yang menyatakan Nabi saw merendam beberapa kurma tanpa biji (dipotong kecil) dalam air panas dan diminum semasa berbuka dalam keadaan suam..berbuka dengan air suam + kurma adalah terbaik untuk memelihara perut dan usus yang kering sepanjang tempoh puasa..amalan minum air sejuk / ais pula sangat tidak digalakkan kerana merosakkan struktur organ perut dan usus..

Nabi saw menyatakan lagi dalam sebuah hadith,

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” Hadis Riwayat Bukhari

Tubuh badan berhak mendapat makanan terbaik untuk meneruskan fungsinya dalam keadaan sihat..walaupun puasa memang terbukti membantu kesihatan tetapi amalan yang silap mungkin menjadi sebab tubuh rosak dan sakit.

Selain mengelak minuman sejuk / ais, makan seperti bijirin penuh terutamanya oat sepatutnya dijadikan sajian utama semasa sahur untuk menjana tenaga selama 14 jam puasa..selain oat, serbuk beras perang juga adalah pilihan terbaik. Pastikan juga pengambilan sayuran dan buah tidak diabaikan.

Usahakan juga tubuh mendapat 3 liter ke 4 liter air putih setiap hari..berfungsi menyesuaikan tubuh dalam cuaca panas dan mengekalkan fungsi keseluruhan sistem tubuh dalam keadaan baik..kurangkan minum kopi dan elakkan terus, air gas yang langsung tiada kebaikan.

Program pemakanan hari / bulan puasa - MAJORSKILL version

Sahur

7 biji setengah masak telur rebus
1 cwn oat + 4 sudu malt coklat + susu soya atau air kosong - blender mengikut kepekatan yang sesuai
1 liter air kosong

Berbuka

1 genggam buah kurma buang biji + 3 batang pisang - blender jadi jus atau lain-lain jus buah
0.5 liter air kosong

Lepas solat maghrib

Makan nasi, lauk n sayur / spaghetti / lain-lain yg sebanding
0.5 - 1 liter air kosong

Lepas tarawih

Makan biskut / roti (whole grain lebih baik)
minum lagi jus buah n air kosong

**tiada ais / air sejuk sepanjang Ramadhan

Elakkan gula berlebihan

Elakkan bahan tiruan (perisa, perasa, pewarna, pengawet)

Productive

Puasa bukan alasan untuk berlemah-lemahan sepanjang waktu siang..menjadi tanggungjawab setiap orang Islam bergerak aktif dan cergas sepanjang bulan Ramadhan termasuk siang hari..pengurusan pemakanan yang betul semasa berbuka, selepas solat tarawih dan semasa bersahur Insyaallah membantu kita kekal aktif dan bertenaga di siang hari.

Nabi saw bersabda lagi

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” Hadis Riwayat Muslim

Prinsip dan disiplin tidak pernah berubah walaupun dalam bulan Ramadhan. Rutin kebiasaan masuk kerja tepat pada masanya, rehat pada masa yang betul dan pulang pada masa yang ditetapkan wajib diteruskan sebagai mukmin yang bertanggungjawab dan produktif..menjadi lembik dan lemah sebelum maghrib adalah teladan yang tidak bagus dan bakal mengundang fitnah daripada orang-orang bukan Islam.

Sebagai mukmin yang faham betapa mulianya bulan Ramadhan, perkara paling utama yang perlu direalisasikan ialah menetapkan waktu malam khusus untuk beribadat (8 tarawih +  3 witir) dan pada waktu siang pula khusus untuk bekerja dan menjadi pekerja yang produktif. Hal ini sesuai dengan ayat al-Quran surah an-Naba:

وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

Dalam berlumba membuat ibadat pada malam hari, pemakanan dan gaya hidup cergas tetap perlu menjadi keutamaan untuk 'menghidupkan' siang hari sebagai tenaga kerja yang produktif. Selain itu, biasakan latihan otot di gym untuk membantu tubuh sentiasa cergas dan sihat.

Kesimpulannya dalam mengharungi dan meredah cabaran separuh Ramadhan yang terakhir, buat penilaian terhadap hari-hari yang sudah berlalu..be positive be fit and be productive..semoga kita dapat memperbaiki sedikit sebanyak kelemahan..laa'llakumtattaquun.

Sebagai renungan,

Rasulullah Saw bersabda, “Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya tasbih, amalnya dilipatgandakan (pahalanya), doanya diijabah dan dosanya diampuni. (HR. Baihaqi)

Sekian,

Assalamualaikum..14 Ramadhan 1440 -MAJORSKILL

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda telah

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat

Tazkirah v26.0 _ Menjaga Persahabatan

Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah yg maha pemurah, lagi maha penyayang Alhamdulillah, sedar x sedar, dh masuk Ramadhan ke-26. Tibalah giliran saya untuk berkongsi sesuatu yg harap2nya dapat la kita peroleh manfaat darinya. "Sebaik2 sahabat di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran di sisi Allah adalah org yg terbaik terhadap jirannya". H.R al-Hakim Sahabat2 yg dikasihi, Mcm yg kita sedia maklum, Allah ciptakan manusia di bumi ini dari berbagai bangsa, warna kulit, bahasa, perangai dan sifat. Seperti firman Allah dalam surah al-Hujrat, ayat 13 yg bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak puak, supaya kami berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lebih bertakwa. Sesungguhnya Allahaha mengetahui, lagi maha men