Skip to main content

Tazkirah Ramahan 2019 v.4 - Iblis Itu Sangat Alim

Jika kita bertanya tentang Al'Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit...

Jika kita bertanya tentang ilmu hadith kepada iblis, dia akan menjelaskannya, kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith itu...

Jika kita bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak nabi Adam masih berada dalam syurga...

Iblis ahli Quran...
Iblis ahli hadith...
Iblis ahli riwayat...
Iblis ahli ibadah...
Iblis alim/pandai dalam segala ilmu...

Tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat...
“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU”

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan...

Kita juga akan faham bahawa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta di kasihi Allah.

Yang kita takut...
hati kita kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain..

Yang kita takut...
kita merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.

Yang kita takut... ego kita terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.

Yang kita takut...
kita lupa bercermin diri sendiri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang kita takut...
Ilmu kita akan membuatkan kita menjadi sombong dgn memandang yang lain lebih rendah ilmunya dari yang kita ada.

Yang kita takut... lidah kita makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aib kita yang menggunung.

Yang kita takut...
Kita hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan.

Yang kita takut...
kita hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.

Yang kita takut...
Kita membenci dosa orang lain, namun bila kita sendiri yang membuat dosa kita tidak pula membencinya.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menyedarkan kita sehingga kita lebih rajin menilai kelemahan dan keburukan diri kita sendiri daripada menilai keburukan orang lain. Aamiin...

SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI...(wallahualam)

KUCAI

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...