Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.27 - Menjadi Golongan Yang Sedikit

27 Ramadhan 1440H
1 Jun 2019

Menjadi Golongan Yang Sedikit

Assalamualaikum Sahabat2x Sekalian Yang Sentiasa DiMuliakan Allah Pagi, Petang dan Malam. Alhamdulillah dikhabarkan banyak tempat hujan ptg-mlm. PakKiyai pesan, doanya makbul waktu hujan. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian.

Pada 2 dan 21 Ramadhan, sahabat kita ada bercerita mengenai syukur. Ingin saya tambahi sedikit pengisian tersebut.

Dalam Al Quran, mengikut carian saya menggunakan aplikasi Quran Tafseer by Words, ada 4 tempat Allah sebut وقليلا ما تشكرون.

(7:10)
(23:78)
(32:9)
(67:23)

Ayat yg bermaksud ".. amat sedikitlah hamba2x Ku yg bersyukur..". mengajak kita agar sentiasa meletakkan perasaan syukur dalam setiap waktu, samada sebesar dan sekecil nikmat. Pernah ketika Umar sdg bertawaf, lantas terdengar seorang berdoa, Ya Allah Jadikanlah Aku Di Kalangan Yang Sedikit.. Rupanya orang itu mengaitkan hal sedikit itu dengan kalam Tuhan yang menempelak sifat manusia yg terlalu sedikit yg bersyukur.

Maka, marilah kita bersama-sama bersyukur atas apa nikmat yg Allah kurniakan kepada kita kecil mahupun besar. Semoga kita tergolong dalam golongan yg sedikit itu.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ (27:19)

Ameen.

AmzarTapah
27 Ramadhan 1440H
#nikmatbersahabatdisyukuri

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...