Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.18 - Tip 10 Hari Terakhir Ramadhan

Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah
Tmn Seri  Keramat

📌Bagi yg merasakan kurang berpuas hati dgn  ibadah puasanya sejak dr hari pertama berpuasa,  anda  tidak perlu risau.  Kerana masih ada peluang lagi yg Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pd 10 malam terakhir.
📌Pd 10 mlm terakhir ini,  banyakkan berjaga  di sebelah malam. (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sblh siang, rehat/tidur secukupnya utk kita berjaga/beribadah di sebelah malam.
📌Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pd mlm2 itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.
📌Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran
📌Kurangkan menonton tv pd mlm2 ini
📌Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, jangan tinggal doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni"
✅Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dgn 99 nama2-Nya
2)Berselawat
3)Istighfar
4)Doa
📌Apa yg kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.
📌Banyakkan berdoa dgn memuji Allah. Qadar dan Qada  Allah boleh diubah dgn doa.
📌Kpd wanita yg dlm haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan mlm2 ini dgn ZIKIR DAN DOA.
📌Jangan sibukkan diri dgn membuat kuih raya pd mlm2 ini. Buat persiapan raya pd waktu siang. Jgn lepaskan peluang yg Allah berikan ini.
📌Sepanjang mlm2 ini, hidupkan suasana harmoni dlm rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/isteri/anak2/adik beradik. Sentiasa bersabar dgn kerenah suami/isteri/anak2 sehingga 10 mlm ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak2 yg degil sekalipun. Allah mendgr doa ikhlas kita
📌 Jika tiada suasana aman di dlm rmh kita, kita tidak mungkin dpt bertemu dgn mlm lailatul  qadar. Krn pernah terjadi pd zaman Nabi saw, terdpt 2 org pemuda yg bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan utk memberitahu bila sbnrnya mlm lailatul qadar itu. CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE
📌Jika kita ada merasai kelainan pd mlm ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yg lain. Kejut mrk, jika mrk tidur.
📌Bermula dari hari ini sehingga mlm2 tersebut:
1)Sentiasa dlm berwudhu
2)Sentiasa pakai pakaian yg bersih
3)Sentiasa dlm keadaan wangi
👉Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dgn
 kita
📌Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa2 kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dgn dosa2 kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara2 yg dilarang Allah di luar bulan  Ramadhan nanti.

Dicopy oleh
Fekbu, kampung padang kota pengkalan hulu.

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...