Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.30 - Doa di Akhir Ramadhan

Tazkirah 30 Ramadan.

Aku tak tahu apa benda nak habaq, so mungkin di akhir Ramadan Ni elok lah Kita berdoa semua 😀



Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadan pergi tanpa memaafkan kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa menerima segala amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meningkatkan akhlak dan keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meredhai akan diri kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa menjamin syurga kelak buat kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadan pergi tanpa menjamin kami dijauhkan daripada azab yang nyata.

Ya Allah, Kau temukanlah kami lagi dengan Bulan  Ramadan tahun hadapan.

Sekian, wassalam.

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin

Shahril Shah

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Tazkirah Ramadhan 2019 v.20 - Senyum Itu Indah

Tazkirah Ringkas 20 Ramadhan 'SENYUM ITU INDAH' Senyum, senyum dan senyum selalu... Senyum yang ikhlas ini mampu membahagiakan insan yang menerima senyuman kita itu. Senyum itu mudah jika hati dan perasaan sedang gembira namun ianya sukar jika kita belum mengerti tentang keperluan senyum ini. Terutama bila kita marah dan sedih kita tak mampu lagi untuk tersenyum. 3 sebab untuk membolehkan kita sentiasa tersenyum walau macam mana pun keadaan hati kita. 1- Mencontohi Peribadi Rasulullah S.A.W Abdullah Bin Al Harith menyebut; “ Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah S.A.W’’ Riwayat Tirmizi. Nabi Muhammad sentiasa tersenyum dan dengan senyuman baginda ini ianya mampu menghilangkan kekerasan dalam diri orang lain, dengan senyuman baginda ini juga ianya mampu menyentuh hati orang lain untuk mencintai dirinya. Kalau Rasulullah boleh tersenyum kepada semua orang, kenapa kita susah untuk menghadiahkan senyuman yang diberikan oleh Allah ini ...