Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.13 - OMOIYARI 思いやり

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

1) Bertimbang rasa sesama manusia.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)

Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

2) Hadis di atas menerangkan bertimbang rasa sesama manusia adalah salah satu daripada kesempurnaan iman.

3) Sesuai dengan tajuk tazkirah kita OMOIYARI, izinkan AnaNya berkongsi sedikit pengalaman sepanjang 8 tahun berkelana di bumi Samurai blues.

4) OMOIYARI 思いやり adalah gabungan dua perkataan Jepun yang bermaksud ( OMOI = Fikir) ( YARI = ketika melakukan sesuatu).

5) Ia adalah konsep moral yg paling asas bagi orang Jepun, dengan sentiasa memikirkan adakah perkara yg sedang kita lakukan ini akan memudahkan/mengembirakan orang lain.

6) Sebagai satu contoh mudah, Di Jepun ada OMOIYARI nya ketika menaiki Escalator,yang mana AntumNya harus berdiri di sebelah kiri ketika menaiki escalator,supaya mereka yg rushing boleh jalan@lari menggunakan laluan di sebelah kanan escalator.Hmmm, Nampak macam remeh,tp begitu lah tingginya sifat bertimbang rasa org Jepun sesama org lain.

7) OMOIYARI ini sebenarnya sesuai diamalkan di mana2 shj. Contohnya,

-Di rumah: letak ubat gigi di tempat asal selepas guna, supaya NEXT PERSON tidak perlu tercari2 kat mana ubat gigi.

-Di supermarket: memulangkan semula troli di tempat yg disediakan, supaya NEXT PERSON tidak perlu membuang masa mencari troli di tempat yg tak ketahuan hala.

-Tandas awam: tidak bercangkung diatas penutup jamban dan flush sepenuhnya selepas selesai, supaya NEXT PERSON akan berasa selesa utk melepaskan hajat.

8) Jika AntumNya adalah NEXT PERSON di atas, pasti AntumNya berharap org yg guna sebelum tu mempunyai sikap OMOIYARI, dan NEXT PERSON selepas AntumNya pasti berharap yg AntumNya ada sikap OMOIYARI. Sentiasa meletak kan diri AntumNya di tempat NEXT PERSON sebelum membuat sesuatu dipanggil sbg OMOIYARI

9) Bila cycle di atas berterusan dari sekecil2 hal hingga sebesar2nya, bayangkan perubahan moral secara total yg akan berlaku dlm masyarakat kita.Maka benarlah dalam hadis di atas, ia dikatakan sebahagian dari kesempurnaan iman kerana pasti terhasilnya seorg mukmin yg bersih hati nya,tanpa hasad dengki dan penuh bertimbang rasa.Semuanya bermula dari OMOIYARI

10) Semoga kita semua dapat menerapkan sikap OMOIYARI ini dan mendapat sebahagian dari kesempurnaan iman. Amin. Wallahua’lam

Hafidz Adlan
Vice President

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...