Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.28 - Nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt.

Hampir berlalu Ramadhan ini. Sekali lagi kita melalui fasa menyesal, merasakan kita tidak cukup meraih kelebihan Ramadhan. Disibukkan urusan dunia. Urusan keluarga. URUSAN ISTERI dan urusan anak2.
Terlalu banyak kecuaian dan keculasan sepanjang kita berRamadhan. Jangankan khatamkan Quran, separuh pun gagal!!
Dalam peluang tazkirah yg diberi pada saya, ingin saya menyeru kepada rakan2 untuk tontoni tazkirah dari Ustaz Nouman ini kerana jika saya cuba sampaikan dalam kata2 semestinya tidak selengkap beliau. Saya betul2 tersentuh dan terkembang dada ketika mula2 mendengar tazkirah 20minit ini.
Tazkirah ini menerangkan tentang perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim dalam ayat Bismillah...
Bagaimana terjemahan ke bahasa Inggeris tidak membawa maksud sebenar kedua-dua nama Allah itu. Juga perkongsian satu kata asal bagi kedua-duanya, bagaimana ada Hadis Qudsi yg menceritakannya, dan juga bagaimana memahami struktur kedua perkataan tersebut menunjukkan betapa Allah memayungkan RAHMAH kepada manusia mengikut keperluan manusia itu sendiri.
Semoga selepas menonton video ini, sedikit sebanyak dapat melembutkan hati kita dan menanam rasa cinta yang lebih lagi kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

https://www.facebook.com/noumanbayyinah/videos/367055943938441/

Sekian.

Azlan Hasan

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...