Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.1 - Ihsan Kepada Ibu Bapa

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Dalam surah Al Isra ayat 23 Allah S.W.T berfirman;

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا -

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Allah S.W>T> memerintahkan manusia supaya mengesakanNya dan tidak menyembah kepada selain dariNya. Seruan ini adalah intipati dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim, yaitu mengesakan Allah dan tidak menyekutukanNya.
Setelah itu, dalam ayat yang sama, apakah seruan Allah kepada kita?
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ
Nak menggambarkan perintah mengasihi kedua orang tua ini datang langsung setelah seruan mentauhidkan Allah S.W.T. Begitulah betapa pentingnya mentaati dan megasihi kedua ibu bapa kita. Allah S.W.T kemudain menekankan bagaimana kita harus bersikap terhadap kedua ibu bpa kita , dengan bercakap secara sopan dan tidak menunjukkan ketidaksenangan kita walaupun dengan berkata "ah"

ihsan ni para ulama mentafsirkan maknanya:
1. memberi lebih dari yang dikehendaki
2. dalam masa yang sama berasa cukup dengan balasan yang kurang dari yang sepatutnya diterima

Dalam ayat seterusnya Allah menyambung dengan ;
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا -
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Allah memerintahkan kita menunjukkan belas kasihan terhadap kedua ibubapa kita, dan mengajarkan kita doa yang patut kita panjatkan buat mereka.

sesungguhnya ramai diantara kita yang dah jadi bapak.Semua kita tahu macam mana rasa dia menjadi serang bapa ni. Kita terus memberi dan memberi pada anak kita, harta kita rasanya tiada nilai bila anak kita meminta itu dan ini, terus kita belanjakan. Tenaga dan masa yang kita korbankan melebihi masa terhadap diri sendiri. Untuk anak kita, apapon kita tak berkira. padahal kita tak tahu bagaimana keadaan mereka kelak apabila dewasa. Apakah menjadi anak yang soleh atau sebaliknya menyusahkan kita di kemudian hari. Adakah menjadi syafaat kepada kita atau sebaliknya menarik kita ke liang neraka di hari kiamat kelak. Kita tak tahu dan tidak akan pernah tahu. Namun begitu kita tetap memberi dan terus memberi khidmat kita. Begitulah besarnya kasih sayang seorng bapa yang Allah tanamkan dalam hati anak Adam.

Sekarang ibubapa kita dah tua. Bila Ayah aku sakit, aku insaf. Ternyata amat kurang apa yang dapat aku berikan pada mereka. Aku tak mampu membalas kasih sayang mereka, meluangkan masa untuk mereka, jauh lagi "mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku waktu kecil". Itu terlalu jauh.

Di bulan yang mulia ini marilah kita sama menginsafi makna dari 2 ayat surah AlIsra diatas. Marilah kita mendoakan mereka dengan sebaik-baik doa yang Allah ajarkan pada kita.

Dr Khairul Ikhwan

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...