Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.21 - 6 Hikmah Sujud Syukur

6 Hikmah Sujud Syukur

Sujud syukur merupakan sujud yang dilakukan secara spontan tatkala mendengar sebuah berita atau perasaan yang  menyenangkan atau membahagiakan.
Sujud dilakukan sebanyak satu kali, dilakukan secara spontan dan tidak ditunda-tunda (tidak dipikir-pikir), begitu mendapat nikmat atau terhindar dari bencana sebagai bentuk dan cara bersyukur menurut islam
Diantaranya ialah berikut 6 hikmah sujud syukur dalam pandangan agama.

1.Mengingat Allah SWT
Salah satu hikmah dari sujud syukur adalah membuktikan kita selalu mengingat Allah dalam setiap perjalanan hidup, baik suka mahupun duka dan merupakan akhlak dalam islam yang terpuji.

2.Ungkapan Rasa Syukur
Allah akan selalu menambahkan nikmat bagi mereka yang selalu bersyukur, sebaliknya Allah akan memberi azab bagi mereka yang mengingkari nikmatnya. Dalam hal ini cara meningkatkan akhlak, salah satunya adalah ungkapan rasa syukur yang kemudian akan membuat Allah SWT kembali memberikan nikmatnya kepada kita.

3.Bentuk Kepasrahan
Bentuk kepasrahan disini bukanlah menyerah, namun lebih kepada berserah diri kepada Allah sebagai cara agar hati tenang dalam islam . Dengam melakukan sujud syukur ertinya bahawa kita benar-benar mensyukuri segala nikmat yang diberikan dan berserah kepada perancangan Allah dengan  apa yang bakal berlaku kemudian.

4.Merasa Rendah Diri Dihadapan Allah S.W.T
Ketika dalam posisi sujud, maka dahi akan menyentuh bumi, badan akan dalam posisi paling rendah. Maka dari itu, sujud syukur yang dilakukam juga merupakan sebuah simbol merendahkan diri dihadapan Allah. Kita harus memiliki sikap rendah diri kerana sebagai manusia tidak ada yang akan  dibanggakan dihadapan Allah SWT kecuali amal dan ibadah kita sebagai hamba Allah.

5.Mengikis Sifat Sombong
Sombong menjadi sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. sombong merupakan sifat dan salah satu penyakit hati menurut islam yang memandang rendah orang lain dan merasa paling hebat. Padahal dalam pandangam Allah SWT semua makhluk ciptaannya adalah sama tidak ada yang membezakan kecuali amal dan ibadahnya.

6.Menjauhkam Diri Dari Sikap Takabur
Selain sombong salah satu akhlaq tercela dan sangat dibenci oleh Allah adalah sifat takabur. Sifat ini membuat seseorang merasa besar dan lebih segala galanya dibandingkan orang lain. Sifat ini lah yang kemudian membuat manusia lupa diri dan merasa bahwa apa yang diraihnya adalah hasil dari kerja kerasnya semata tanpa ada campur tangan dari pihak lain termasuk juga Allah SWT. Sesungguhnya sifat ini menjauhkam diri dari rasa bersyukur.

21 Ramadhan 1440H
26 Mei 2019/0650hrs

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...