Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v.10 - Mati Syahid

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sahabatku sekalian, kita sering diajukan soalan ketika kita dibangku sekolah lagi, APA CITA-CITA KAMU wahai anak muridku? tanya cikgu, ustaz atau ustazah. Jawapan yang berbeza akan diperolehi jika sahabat sekalian yang memang menjadi tenaga pengajar di sekolah apabila diajukan soalan tersebut kepada anak murid. Doktor, Arkitek, Angkasawan, Tentera, Polis, Pemain Bolasepak (AC Milan), bahkan ada yang nak jadi Perdana Menteri. Cita-cita yang sebetulnya diletakkan paling tinggi tidak lain dan tidak bukan adalah Mati Syahid.

Mati Syahid ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (jihad fi sabilillah).

Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran adalah sebagai berikut:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)

BRIGED IZZUDDIN AL QASSAM

Saya bawa sahabat-sahabat untuk menghayati kisah perjuangan SUPERHERO kita ini. The Avengers, Thanos dan seangkatan dengannya kita abaikan. Pewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat iaitu “Al Qassam” bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan hadapan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Briged Izzuddin Al Qassam atau lebih dikenali sebagai Al Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim Al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi (tahun kita lahir).

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged Al Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin Al Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

OBJEKTIF

Briged Al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan. Objektif utama penubuhan Al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel. Mempunyai ahli batalion yang terlatih seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. Sejak Intifada Al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged Al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah;

1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah 4-Mengimani perjuangan pembebasan Al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan Al Qassam. Briged Al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri Al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.

PEMBURU SYAHID

Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah SAW;

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu;

1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam syurga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

Dan sejujurnya kita amat cemburu dengan mereka ini. Kerana kita amat yakin merekalah yang disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith;

“Akan sentiasa ada golongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan disekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan disekitarnya, tidak dapat menggugat mereka orang-orang disekitarnya yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat. “ (Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibnu ‘Asakir).

KESIMPULAN

Benar, mungkin kita tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana. Namun kita mampu untuk ambil tahu.

Kita berdaya untuk menyebarkan fakta menentang kezaliman pengganas-pengganas besar dunia, Amerika, Israel dan Eropah.

Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk yahudi yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel samada secara langsung ataupun tidak.

Seperti kata seorang tentera Al Qassam;

“Kami (pemuda-pemuda Al Qassam sudah cukup berada di barisan hadapan melawan tentera laknatullah. Cuma yang kami perlukan adalah sokongan dan doa umat Islam di Malaysia. Kami akan tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa”.

Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengurniakan mereka dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghancurkan Zionis laknatullah sehancur-hancurnya.

Amin ya robbal a’lamin!

#matisyahid
#brigedIZZUDDINIANZalqassam
#ramadankareem
#savekhurasan

King Sallehuddin

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Buat Kekasih - Muaz Bin Jabal

Saidina Muaz Bin Jabal r.a merupakan seorang sahabat yang mempunyai hubungan istimewa dengan Baginda Rasulullah SAW. Beliau diutus ke Yaman bagi mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kisah beliau diutus ke Yaman menjadi dalil dan sandaran keharusan berhujah menggunakan ijtihad sebagai salah satu sumber istinbat hukum dalam Islam. Bukan setakat itu, kisah beliau diutuskan ke Yaman juga mengabadikan sebuah kisah agung. Muaz menerima khabar bahawa beliau tidak dapat lagi bertemu dengan kekasih hatinya Baginda SAW, sesudah dari beliau diutuskan, seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad; عن معاذ بن جبل قال: لما بعثه رسول الله إلى اليمن خرج معه رسول الله يوصيه ومعاذ راكب ورسول الله يمشي تحت راحلته، فلما  فرغ قال: يا معاذ، إنك عسى ألا تلقاني بعد عامي هذا، ولعلك تمر بمسجدي هذا وقبري، فبكى معاذ خشعًا لفراق رسول الله، ثم التفت فأقبل بوجهه نحو المدينة فقال: إن أولى الناس بي المتقون من كانوا وحيث كانوا Dari Muaz Bin Jabal, bahawa ketika Baginda SAW hendak mengutusnya ke Yaman, Baginda t...

Pelajaran Dari Doa Baginda SAW - Pengharapan kepada Al-Khaliq

الحمد لله رب العرش العظيم والصلاة على حبيبنا محمد صلى الله عليه و السلام Hari ini sudah masuk 8 Ramadhan, diharap kita semua dikekalkan di dalam ketaqwaan & ketabahan bagi menempuh syahrul mubarak ini. Sahabat yg drahmati Allah, Sukacitanya saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Baginda Kekasih kita SAW. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat, amin... Ya Allah, perbaikilah agamaku yg merupakan penentu semua urusanku, & perbaikilah semua urusan duniaku yg merupakan tempat hidupku, & perbaikilah akhiratku yangg merupakan tempat kembaliku, jadikanlah hidupku sebagai penambah kebaikan & jadikanlah matiku sebgai penghalang dari segala keburukan (Hadith riwayat Muslim) Sahabat yang dirahmati Allah, Lihatlah betapa tingginya pengharapan seorang hamba kepada Kholiqnya, Baginda SAW yang maksum pun masih berdoa sebegini, apatah lagi kita yg sering terdedah kepada segala jenis maksiat, tetap adakalanya sering lupa menadah tangan berdoa mohon taubat...

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...