Skip to main content

Tazkirah Ramadhan 2019 v. 7 - Berhenti Merokok

Assalamualaikum wbt dan salam 7 ramadan sahabat2 yang dimuliakan. Alhamdulillah tahun ni bt julung kalinya berkesempatan untuk join tazkirah ramadan.

Seperti yg kita semua maklum, antara amalan yg merosakkan kesihatan ialah tabiat merokok. Namun masih ada org yg berterusan dan enggan utk berhenti merokok. Sedangkan pendapat ulama dari seluruh dunia Islam mengenai haramnya merokok telah banyak kali dijelaskan. Muzakarah JK Fatwa Majlis Kbgsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yg bersidang pd 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa merokok adlh haram dari pandangan Islam kerana jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji.

Tanpa kita sedari, bahaya asap rokok boleh menyebabkan kita kehilangan org yg kita sayangi. Selain drpd menjadi 2nd hand smoker iaitu dgn menghidu asap rokok yg dihembus oleh perokok, ahli keluarga kita juga terdedah kpd racun yg terdapat pd asap rokok yg melekat pd pakaian, langsir, sofa, karpet dll dan meraka ini dikategorikan sbg 3nd hand smoker. Maka sbb itu, sayangilah keluarga kita dgn berhenti merokok.

Kajian juga mendapati 95% perokok yg beragama Islam menyatakan bahawa lebih mudah utk berhenti merokok dlm bulan Ramadan. Kita bpuasa lbh kurg 14 jam sehari dn dlm tempoh masa tsebut perokok dpt mengawal diri dari merokok. Jika perkara ini dpt diamalkan utk hari-hari seterusnya nescaya tabiat merokok dpt dihakiskan sepanjang Ramadan Al-Mubarak dan selama-lamanya Insha Allah. Semoga apa yg disampaikan dapat memberi input dn manfaat walaupun sedikit kpd sahabat2 semua.

Muzammil Ishak
7 Ramadan 1440H

Comments

Popular posts from this blog

Sekolah Izzuddin Shah - Karnival Sukan, Ustaz Pahmi dan Allahyarham Ayob Bin Saidi

Tanggal 6 Jun 2015, dengan izin Tuhan penguasa sekalian alam, telah berhimpun warga SIS 97-01 di Sekolah Izzuddin Shah bagi menghadiri Karnival Sukan, Program bersama Ustaz Pahmi dan Ziarah ke makam Allahyarham Ayob Bin Saidi. Karnival Sukan Sukan yang dipertandingan adalah bola sepak, bola tampar dan sepak takraw, yang berlangsung di antara warga SIS 97-01 dan warga SIS 01-05. Keputusan Karnival Sukan Bola Tampar : menang 3-0 Sepak Takraw : menang Bola Sepak: tewas 0-3 Selesai perlawanan bola sepak, masing-masing bersiap sedia bagi menunaikan solat maghrib berjemaah. Azan maghrib dilaungkan khas oleh muazzin Dr Khairul Ikhwan dengan tarannum dari Yaman. Tazkirah Ustaz Pahmi Selepas Solat maghrib berjemaah, suatu program tazkirah bersama Ustaz Pahmi telah berlangsung. Intipati tazkirah Ustaz Pahmi; 14 tahu...

Pengajaran dari batu

Surah Baqarah 68-74 Allah menceritakan perihal sekumpulan dari Bani Israel yang mengadu hal kerabat mereka di bunuh. Lalu Allah memerintah untuk di sembelih lembu betina. Mereka bertanya sebanyak 3 kali, memohon diperjelaskan sifat lembu betina tersebut, sedangkan perintah asal hanyalah menyembelih seekor lembu betina. Kali pertama - Allah menyebut ciri-ciri lembu itu. Lembu yang tidak terlalu tua, tidak terlalu muda, yang pertengahan umurnya. Mereka terus bertanya. Kali kedua - Allah menjelaskan ia lembu yang kuning cerah warnanya. Tidak berhenti di situ, mereka terus bertanya. Kali ketiga - Allah menyebut lembu itu tidak digunakan untuk membajak dan tidak juga untuk menyiram tanaman. Tidak cacat dan belang padanya. Mereka diperintahkan untuk memukul sebahagian dari lembu itu kepada mayat saudara mereka itu. Mayat tersebut bangun menunjukkan pembunuh yang sebenarnya di kalangan kerabat yang mengadu.  Soalan-soalan yang banyak tu sebenarnya dizahirkan ke...

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...