Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Tazkirah Ramadhan 2018 v.21 - Menjelang 10 terakhir Ramadhan

1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua sahabat2 Izzuddinians 97-01 yang amat saya hormati dan saya sayangi. Alhamdulillah harini telah masuk 21 Ramadhan 1439 Hijriah bersamaan 06.06.2018. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita untuk tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi kita diberikan umur oleh Allah untuk bertemu Ramadhan.  2. Saya amat suka ruangan tazkiran Ramadhan kerana ia dapat memberikan peringatan buat saya khususnya yang selalu lalai dan leka dengan urusan duniawi. InsyaAllah saya nak memberikan tazkirah yang mungkin semua orang sudah tahu atau pernah dengar. Menjelang 10 terakhir Ramadhan pastinya semua orang tahu tentang 3 amalan yang dilakukan Rasulullah. Pertama Rasulullah menguatkan ikatan kain Baginda, kedua menghidupkan 10  malam terakhir Rasulullah dengan qiyam dan beriktikaf di masjid dan ketiga membangunkan ahli keluarganya untuk solat malam. 3. Justeru itu saya menyeru diri saya dan para sahabat

Tazkirah Ramadhan 2018 v.19 - Fasa ke3 Ramadhan

Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh Rakan2 izzudin sekàlian. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka. Dari ummul mukminin, Aisyah ra., menceritakan tentang keadaan Nabi SAW. ketika memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan: “Beliau jika memasuki sepuluh hari terkahir Ramadhan, mengencangkan ikat pinggang, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” Istimewanya fasa ke3 ini adalah terdapatnya malam yg lebih baik dari seribu bulan yakni malam laylatul qadr Apa itu Lailatul qadr? Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW yg mana ganjaran beribadah pd malam ini bersamaan dgn 1000bln bersamaan roughly 83 tahun ++bulan. Ayuh gunakan peluang ini utk meningkatkan amal ibadah masing2. Ibadah pd waktu malam ini tidak terhad kpd ibadah khusus sahaja, malah termasu

Tazkirah Ramadhan 2018 v.18 - Masa dan Sekarang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 1. وَالْعَصْرِ Demi masa. 2.إِ نَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. Saya terpanggil untuk menyampaikan kembali tajuk tazkirah yang pernah saya sampaikan selepas solat asar semasa di SIS dahulu tentang masa.  Masa! Ingatkah kita semua sewaktu kita disekolah dahulu, Masa yang kita gunakan setiap detik dan setiap waktu yang dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita hampir tiada satupun kita lupakan. Bangun awal pagi,mandi kolah dan bersiap untuk ke musolla. Kita solat subuh berjemaah bersama-sama,yang masbuk kena PIAP! dan berlari ke dewan makan untuk mengejar masa dan makanan.

Tazkirah Ramadhan 2018 v.17 - Kandungan Juzuk 17

Assalamualaikum,  Alhamdulillah kita dah memasuki hari ke 17 Ramadhan 1439h..semakin menuju ke garisan penamat sebuah "marathon Tarbiyah Ramadhan"..semakin dekat garisan penamat,  kelajuan,  konsistensi,  dan daya tahan kita semakin meningkat kerana cita2 ingin dikalungkan medal kemenangan "taqwa".. Dalam Surah Al Qadr menceritakan, Allah turunkan AlQuran pada malam Al Qadar (lailatulqadar) yg dijanjikan Allah "medal kemenangan" yg lebih baik dari 1000 bulan. Makanya,  ada sebahagian ulama memberi pendapat tentang bilakah adanya Lailatulqadar, 17 Ramadhan adalah sebahagian darinya. Sahabatku kerana Allah,  Hari ini saya cuba kongsikan isi kandungan juzuk 17 sebagai panduan kita bersama. 1. Kiamat yang dijanjikan Allah semakin dekat,  namun ramai kalangan kita lalai,  leka dengan dunia,  isteri2,  anak2 dan tuntutan lain yg kita lebihkan berbanding persiapan berjumpa dengan Allah. 2. Jangan kita angkat selain Allah sebagai Tuhan maka kita akan bin

Tazkirah Ramadhan 2018 v.16 - Hubungan

Assalamualaikum semua, maaf atas keterlewatan dalam memberi sedikit tazkirah pada hari ini.Hari ni masih lagi panas dan hangat dengan isu² politik negara kita.Saya ingin berkongsi tajuk hubungan.Hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia. Kalau dimaknakan secara bahasa, hablum minallah itu adalah hubungan dengan Allah dan hablum minan-nas adalah hubungan dengan manusia. Akan tetapi dalam pengertian istilah syari’ah maknanya adalah sebagai berikut: 1). Hablum minallah , maknanya ialah perjanjian dari Allah. Iaitu masuk Islam atau beriman dengan Islam sebagai jaminan keselamatan bagi mereka di dunia dan akherat. Atau tunduk kepada pemerintahan Muslimin dengan jaminan dari pemerintah itu sebagaimana yang diatur oleh Syari’ah dalam perkara hak dan kewajiban orang kafir dzimmi (yaitu orang kafir yang menjadi warga negara Islam) untuk mendapatkan jaminan perlindungan hak-haknya sebagai manusia di dalam kehidupan dunia saja, dan mendapat ancaman adzab di akhirat. (Lihat Tafsir At

Tazkirah Ramadhan 2018 v.15 - BIngkisan Doa Dua Orang Nabi

Assalamualaikum wbt. Tazkirah malam ini datang dalam bentuk bingkisan doa dua orang nabi. Doa yang pertama terselit dalam ayat ke 83, Surah Al-Anbiya'.  Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa (touched) penyakit (dugaan/adversity), sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Nabi Ayub sebenarnya tidak terlalu banyak kisah tentangnya dalam Al-Quran. Lantaran itu ayat-ayat sebegini adalah permata yang berharga yang harus kita perhalusi. Nabi Ayob diuji Allah dengan penyakit yang amat teruk sehingga dia dipinggirkan masyarakat dan cuma isterinya yang setia sahaja yg menjaganya. Dalam doa baginda seperti di atas, ada dua pilihan perkataan yang menarik. Yang pertama, baginda gunakan perkataan "massa" yang membawa tafsiran "sentuh". Baginda tidak menggunakan perkataan seperti "dilanda", "disiksa",

Tazkirah Ramadhan 2018 v.14 - Perbuatan dan Ucapan Akan Ditanya

26052018. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه  Ya Allah ampuni dosa2 kami, pasangan kami, kedua ibu bapa kami, anak2 kami, saudara2 kami, sahabat2 kami, guru2 kami, cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat.. آَ مِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآر بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم....  PERBUATAN & UCAPAN AKAN DI TANYA أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى "Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?"  [al-Qiyamah 36] Hendaklah kita berhati-hati dalam ucapan dan perbuatan, kerana semua itu pasti akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah swt di akhirat nanti. Apa2 perbuatan (amal) hendaknya ada contoh tauladan dari kekasih kita dan kekasih Allah iaitu Rasulullah saw.    عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد - متفق عليه Sesiapa buat satu amalan (ibadah)yang tidak ada cont

Tazkirah Ramadhan 2018 v.13 - Tanda-tanda Orang Munafik

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah bersyukur kita dapat meneruskan ibadat puasa untuk hari ke13. Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila dia bercakap, dia bohong Apabila dia berjanji, dia mungkir Apabila dia diberi amanah, dia khianat Tentu semua masih ingat hadis ini masa kita belajar di izzuddin dulu. Adakah hari ini kita masih berpelakuan seperti orang munafik? Sekiranya masih ada, kita masih berpeluang untuk berubah dengan meninggalkan tingkah laku munafik ini. Mari kita muhasabah diri dan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Sekian tazkirah yang ringkas dari saya. Salam Ramadhan Hatta Kota Bharu 29 May 2018

Tazkirah Ramadhan 2018 v.12 - Tamu yang Kecewa

Assalamualaikum w.b.t Versi tazkirah kali ini sedikit berbeza.Terimalah sedikit coretan Ramadhan bertajuk "Tamu yang Kecewa" Sahabatku yang tercinta.. Rasanya diriku ingin segera pulang... Sudah 12 hari aku datang bertamu... namun seringkali daku ditinggal sendirian... Walau sering dikatakan tamu agung, dengan sambutan Selawat & marhaban.. namun perilakumu kepadaku  tidak luar biasa... Bahkan ole-ole yang ku bawa dari jauh, nyaris tidak engkau sentuh... Al-Quran hanya dibaca sekilas, Terkalahkan dengan update status, tontonan teater & drama.. Solat Tarawih tidak lebih khusyu, kalah bersaing dengan bayangan penampilan pada hari lebaran... Tidak  banyak engkau minta keampunan dari dosa yang bertompok, sebab sibuk dengan belanja dan ria, padahal aku membawa banyak maghfirah... Malam dan siang berlalu sahaja, dek dunia dan isinya.. Tidak pula banyak infaq dan sedekah, kerana khuatir wang tidak cukup, buat simpanan sehabis lebaran... Sahabat

Tazkirah Ramadhan 2018 v.10 - Berbuat Baik Walaupun Kecil

Assalamualaikum w.b.t Sahabat2, yg pertama mari kita bersyukur kerana masih bernyawa pada 10 ramadhan hari ini. Hari terakhir dalam fasa rahmah. Tazkirah kali ini berkisar satu hadis yg diriwayat oleh abu hurairah r.a  "Bahawasanya ada seorang wanita kulit hitam bernama ummu mahjan yg selalu membersih masjid nabawi. Baginda rasul tidak nampak wanita tersebut pada suatu hari. Baginda bertanya kpd para sahabat lalu dimaklumkan yg die telah wafat. Mendengar jawapan itu, baginda rasul berkata, "mengapa kamu tidak memberitahu hal ini kepadaku?" Para sahabat ketika itu x menyangka ummu mahjan sbg seorang yg penting. Baginda rasul lalu bertanyakan dimana kubur wanita itu. Para sahabat menunjukkan kubur itu lalu rasulullah s.a.w melakukan solat jenazah dan mendoakan beliau" [Muttafaqun alaih] Kerja beliau mungkin tidak besar pada pandangan manusia biasa iaitu sekadar membersihkan masjid. Tp nabi melihat ia sbg amal terbaik yg mampu dilakukan seorang w

Tazkirah Ramadhan 2018 v.9 - Istiqamah

السلام عليكم ورحمة الله... Tazkirah ringkas untuk peringatan bersama. InsyaAllah... *Maksiat Menghalang Cahaya Ilmu* Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran. Tidak kira sama ada ilmu duniawi mahu pun ukhrawi. Imam al-Syafie pernah menasihatkan kita: “Sesiapa yang inginkan dunia, dia mestilah mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan akhirat, dia mesti mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ILMU.” Namun demikian sahabat, bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang kita pelajari, kita perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh memadamkan cahaya dan keberkatan ilmu itu sendiri. Sebaliknya, sebagai seorang penuntut ilmu (kita adalah penuntut ilmu selama mana kita masih hidup), kita perlu menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti berakhlak

Tazkirah Ramadhan 2018 v.8 - Merasa Cukup

Assalamualaikum wbt semua sahabat-sahabat SIS yang dimuliakan Allah. Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menjalani Ramadhan yang ke-8 pada hari ini. InsyaAllah hari ini ana nak berkongsi sedikit beberapa pesan-pesan yang menggugah. Ramai orang berusaha keras dan menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan rumah impian besar, atau kereta impian yang hebat dan laju, atau handphone yang baru dan sebagainya.  Tetapi masalahnya dengan minda manusia, tidak kira apa yang kita dapat, akhirnya kita akan terbiasa dan akan menjadi seperti normal di mata kita seperti baju yang kita pakai hari-hari. Faktanya, segala yang kita dapat/kecapi hari ini sebenarnya merupakan "upgrade" dari sebelumnya. Sebuah banglo mewah adalah "upgrade" dari sebuah apartment, dan sebuah apartment adalah "upgrade" dari tiada rumah langsung. IPhone X adalah "upgrade" dari Nokia 3310, dan Nokia 3310 adalah "upgrade" dari public phone tepi jalan atau

Tazkirah Ramadhan 2018 v.7 - Dia atau Kita Yang Sombong? Sebarkan Salam

Dia atau kita SOMBONG? Assalamualaikum wbt & Ramadhan karim. Rakan-rakanku izzuddinians, Pernah tak pergi mana2, terdetik dalam hati sombongnya dia.. Tak tegur pun kita 🤨 Hakikatnya kita pun sama, kita pun tak tegur dia dulu. Ntah2 dalam hati dia pun sama kata kita sombong.😎.. berselisih di pintu masjid, di dlm lif, di lobi pejabat mahupon di tempat awam tapi masing2 busy dgn hp samaada sibuk atau buat2 sibuk. Betullah kite di akhir zaman. Salah satu tanda kiamat adalah ucapan salam hny utk kenalan kite shj. Sabda nabi saw :  ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُسَلِّمَ الرَّجُلُ عَلَى الرَّجُلِ لَا يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِلَّا لِلْمَعْرِفَةِ  “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat dalah seseorang yang mengucapkan salam kepada orang lain, namun salam tersebut tidak diucapkan melainkan kepada orang yang dikenalinya sahaja”. (Riwayat Ahmad, Isnad sahih) Jom sebarkan salam utk

Tazkirah Ramadhan 2018 v.6 - Manifesto & Ubah Diri

Tazkirah Ramadhan 6 Ramadhan 1439 Assalamualaikum sahabat2 SIS semua, semoga kalian berada dalam kesihatan yang baik hendaknya dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ameen. Saya cuba menyampaikan tazkirah yang ringkas dan jelas untuk panduan kita bersama pada episod kali ini. Ianya berkenaan ibrah yang boleh kita ambil tentang peristiwa epik yang hangat dibincangkan di mana2 platform sehingga hari ini iaitu PRU14. Saya tidak berniat untuk mengulas siapa menang, siapa kalah, apa yang akan berlaku seterusnya, baik atau buruk, tetapi lebih kepada pengajaran yang saya boleh kongsi hasil observasi saya selaku manusia yang kurang ilmu dan serba lemah ini, dan sudah semestinya ianya hanyalah pendapat peribadi dan konklusi daripada fikiran saya sendiri. Jika kedudukan kita sekarang ini boleh diundi oleh orang bawahan kita setiap 5 tahun Apa yang kita boleh improve jika kedudukan kita sebagai bapa boleh diundi oleh anak2 kita? Adakah anak2 kita akan mengundi kita ber

Tazkirah Ramadhan 2018 v.5 - Adab Berdoa

Assalamualaikum w.k.t Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita dapat berada dalam bulan Ramadan Al Mubarak ini dan diharapkan dapat meneruskan ibadah puasa sehingga ke hari terakhirnya. Di antara pengisian dalam bulan ini ialah kita diajar untuk memperbanyakkan berdoa. Disini saya ingin menjelaskan tentang adab-adab dalam berdoa. Para Ulama menjelaskan tentang adab dan etika dalam berdoa agar dikabulkan, sebagaimana tuntutan dalam al-Qur‘ân dan Hadis. Al-Baghawi rahimahullah berkata: “Ada etika dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab dikabulkannya doa. Barangsiapa memenuhinya, maka dia akan mendapatkan apa yang diminta dan barangsiapa mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa; sehingga doanya tidak berhak dikabulkan”.[1] Ibnul Qayyim rahimahullah berkata “Kedua ayat berikut mencakup adab-adab berdoa dengan kedua jenisnya (doa ibadah dan doa permohonan); Iaitu firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : ‎ادْعُوا رَبَّكُمْ

Tazkirah Ramadhan 2018 v.4 - Sedekah

Ahad 20 mei 2016 bersamaan 4 ramadhan 1439 Assalamualaikum sahabat2 yg dirahmati Allah sekalian.. Alhamdulillah hari ni genap hari ke4 kita berpuasa di bulan ramadhan bg thn 2018.. insyaallah di pagi yg mulia ini sy ingin berkongsi dengan shabat2 semua tentang SEDEKAH. Sedekah adalah suatu amalan yang sgt mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yg kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tdk terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:  “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.  (Hadis Riwayat Imam Tirmizi) Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pd harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta yang sedikit seolah-olah dirasakan byk dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang byk dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang byk dan melimpah ruah. sabda nabi s.a.w yang bermaksud:  “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah…” (Hadis Ri

Tazkirah Ramadhan 2018 v.3 - Fitrah

Alhamdulillahirabbil alamin. Puji dan syukur hanya kepada Yang Maha Esa. Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. FITRAH "Celakalah orang yang bertemu dengan Ramadhan, tapi keluar daripadanya tanpa diampun dosanya" HR Bukhari. Saya tahu masih banyak hari yang perlu dijalani sebelum kita merayakan "Hari Raya Fitrah". Namun begitu, untuk benar2 dapat merayakan hari tersebut sebagai mukmin yg berjaya, yang keluar dari bulan Ramadhan dlm keadaan suci seperti AIDULFITR  (kembali kepada fitrah), usaha perlu lah bermula sekarang. Saya pilih tajuk ini seawal hari ke 3 Ramadhan supaya kita sama-sama mempertajam fokus kita dari sekarang, dan dapat mempertingkatkan usaha demi menggapai fadhilat ramadhan yang dijanjikanNya. Saudaraku sekalian, Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan. Setiap amalan ibadah yg dilakukan sepanjang bulan ini, selain dapat pahala berganda, dapat pula ampunan dari dosa lalu. "Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan

Tazkirah Ramadhan 2018 v.2 Kepimpinan Dalam Islam

Kepimpinan Dalam Islam Alhamdulillah sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Walaupun sudah seminggu lebih PRU14 melabuhkan tirai. Namun bahangnya masih lagi terasa. Untuk tazkirah kali ini, suka ana ingin membawa tajuk "Kepimpinan Dalam Islam." Isu kepimpinan adalah isu yang besar. Kepimpinan yang baik akan membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara, manakala kepimpinan yang buruk dan zalim akan membawa porak-peranda kepada negara. Firman Allah SWT: “Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Shaad ayat 26.) Di dalam Islam, telah digariskan ciri-ciri kepimpinan yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah ‘Al Qawiyul Amin’ atau kuat dan amanah. Ini dije

Tazkirah Ramadhan 2018 v.1 - Tidak Meremehkan Apa Jua Amalan Baik.

Assalamualaikum warahmatullah. Izinkan saya berkongsi kalam Nabi kita SAW pada pagi hari pertama bulan yang mulia ini. عن ابي ذر قال، قال النبي صل الله عليه وسلم - عُرِضَت عَلَيَّ أَعمَالُ اُمَّتَي حَسَنُهَا وَ سَيِّئُهَا فَوَجَدْتُ فِي مَحاَسِنِ أَعمَالِهَا الأَذَى يُمَاطُ عَنِ الطَّرِيقِ وَوَجَدتُ فِي مَسَاوِئٍ أَعمَالِهَا اَلنُّخَاعَةُ تَكُونَ فِي المَسجِدِ لَا تُدفَنُ Dari Abi Zar RA katanya, bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Diperlihatkan kepada aku amalan-amalan umatku, yang baik darinya dan juga yang buruk darinya, maka aku mendapati di antara (amalan) yang baik itu, perbuatan mengalihkan gangguan yang terdapat di atas jalan dan aku mendapati di antara (amalan) yang buruk itu, hingus yang dibiarkan tidak dikambus di dalam masjid”. (Hadith Bukhari dan Muslim) Sahabat, tiada yang terlalu kecil dari kebaikan-kebaikan untuk kita abaikan dari melaksanakannya, dan tiada sebarang keburukan yang terlalu kecil untuk kita pandang remeh akan akibatnya. Di dalam hadith yang lai