Skip to main content

Posts

29 Pesanan Imam Syafie

1.          Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. 2.          Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. 3.          Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. 4.          Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur. 5.          Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahi nya kerana ia disaksikan oleh...

Ubat Hati

Sedar atau tidak ramai antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Beranggapan harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.

Bencana... Apabila manusia yang meminta

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu: 1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

Kisah gagak, kakak tua, angsa dan merak

Seekor gagak yang tinggal di hutan sangat berpuas hati dengan kehidupannya sehingga ia terjumpa seekor angsa. “Putihnya angsa. Saya hitam sangat. Angsa mesti burung yang paling gembira di dunia,” katanya. Angsa yang tinggal di kolam berkata kepada burung gagak bahawa ia pun fikir begitu satu ketika dulu sehingga ia terjumpa burung kakak tua. “Saya satu warna sahaja. Burung kakak tua ada dua warna. Burung kakak tua barulah burung yang paling gembira di dunia,” kata angsa itu kepada burung gagak. Burung gagak itu mencari burung kakak tua dan memberitahu apa yang dikatakan angsa itu. Burung kakak tua pun menjawab, “Wahai gagak sahabatku! Aku pun fikir begitu dulu aku paling hebat… tapi sehinggalah aku terjumpa burung merak. Dia ada pelbagai warna.” Burung gagak pun pergi ke zoo dan melihat kehebatan burung merak. “Wahai burung merak! Cantiknya kamu. Setiap hari beribu manusia datang menjengukmu. Bila mereka melihat saya, mereka halau saya. Kamulah burung yang p...

Ciri-ciri orang beriman

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Sedar tak sedar sudah 30tahun kita umur kita. Status Islam juga sama. Islam  yg dianut melalui warisan. Jika ditolak dengan 10tahun ( umur purata akhil baligh dan kefardhuan solat) maka sudah 20tahun kita memegang status muslim. Kiranya seorang doktor,peguam,peniaga yg sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun, pastinya beliau sudah bergelar pakar dalam bidang tersebut. Tetapi pakar kah kita sebagai seorang muslim?  Masih ditakuk lama atau sudah naik taraf? Naik taraf dgn erti kata lain daripada muslim kepada mukmin. Oleh itu mari kita ketahui apakah ciri2 orang mukmin. Dalam surah Al Mu'minun ayat 1-11 telah di ceritakan sebahagian ciri2 orang mukmin. Ramai yg sudah maklum ayat ini. Namun begitu sy sertakan juga beserta terjemahan. Mudah mudahan kalian beroleh manfaat 1. Sesungguhnya berjayalah orang2 yg beriman 2. Iaitu mereka yg khusyuk dlm sembahyangnya 3. Dan mereka yg menjauhkan diri dari perb...

Beberapa kesilapan ketika menyambut Eidul Fitri

Ramadhan kini tiba di penghujungnya. Sudah pasti kita akan merindui kedatangannya yang hanya akan muncul sebulan dalam masa setahun. Kini kita terpaksa menunggu 11 bulan sebelum ketibaan kembali Ramadhan, bulan yang penuh barakah, yang salah satu malamnya tersembunyi lailatul qadr. Berakhirnya Ramadhan akan berganti dengan Syawal, yang akan disambut dengan penuh kemeriahan sebagai tanda kemenangan. Kemeriahan yang disambut setiap lapisan umur secara tidak langsung dapat mengurangkan kesedihan yang melanda. Dalam pada masa yang sama, Allah juga menyuruh kita sebagai umat Islam agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan 'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan. Walaubagaimana pun, sebagai seorang manusia, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dalam kemeriahan yang terasa, terdapat beberapa kesilapan yang kita lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak, ketika menyambut Eidul Fitri .

Bermaaf-maafan lebih hampir kepada takwa

Berapa ramaikah yang faham, sedar dan tahu apa maksud kemaafan dalam erti sebenarnya? Dendam, sakit hati, terhiris hati semuanya kerana perkara yang lepas. Jika dendam, sakit hati, terhiris hati adalah untuk perkara-perkara yang sudah lepas, maka lawannya 'kemaafan' adalah juga untuk perkara-perkara yang lepas. Tiada apa yang perlu dimaafkan untuk masa depan yang belum kunjung tiba atau berlaku. Jadi, perbuatan maaf sebenarnya ialah untuk perkara-perkara yang lepas. Maka boleh disimpulkan bahawa kemaafan sebenarnya ialah "satu pelepasan segala harapan di hati" yang mengharapkan "waktu-waktu atau peristiwa-peristiwa silam/lampau/terlepas boleh terjadi dengan lebih baik."   “...dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah : ayat 237) ...